Isu Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia: Puluhan ribu telah dihantar pulang - PM Anwar | DagangNews Skip to main content

Isu Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia: Puluhan ribu telah dihantar pulang - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) ketika pertemuan dengan rakyat Malaysia di Jakarta dan sahabat-sahabat Indonesia pada Program Temu Anwar Jakarta pada 5 September 2023. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

JAKARTA 6 Sept - Puluhan ribu Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia yang tidak mempunyai dokumen telah dihantar pulang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Beliau berkata, meskipun soal dokumen merupakan hal yang serius, kerajaan Malaysia tetap menanganinya dengan baik, tanpa pendakwaan di mahkamah.

 

"Kalau yang sudah ditangkap, dikirim (dihantar) pulang, dan kita percepatkan proses itu," katanya kepada media selepas Program Temu Anwar, di sini malam tadi.

 

Perdana Menteri ditanya oleh media tempatan mengenai proses kemajuan dalam menguruskan masalah TKI di Malaysia, selepas kunjungan Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia pada Jun lepas.

 

Menyentuh mengenai isu Laut China Selatan yang dibincangkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN semalam,  Anwar berkata: "Kita ada pendirian dan menegaskan supaya ASEAN ada pendirian yang sama untuk pertahankan hak kita dan berunding dengan baik dengan China."

 

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia menyambut baik keputusan pemimpin ASEAN, untuk Filipina menjadi Pengerusi ASEAN pada 2026, lapor Bernama.

 

 

pm

 

 

anwar

 

 

"Tahun depan Laos diikuti Malaysia, kemudian sepatutnya Myanmar, tetapi konsensus tadi oleh kerana belum selesai masalah Myanmar, soal penindasan dan konflik berterusan maka diserahkan kepada Filipina, dan Presiden (Ferdinand) Marcos Jr tadi setuju. Ini satu perkembangan yang sangat positif." 

 

 

Terdahulu, Anwar menyantuni mahasiswa dan anak muda dalam program ‘Temu Anwar Jakarta’, yang pertama kali seumpamanya diadakan di luar negara.

 

Sesi itu juga turut disertai selebriti terkenal Indonesia seperti Raffi Ahmad dan isteri, Nagita Slavina, selain ahli kumpulan Dewa19, Ahmad Dhani dan ratusan anak muda dalam suasana penuh harmoni serta santai.

 

 

anwar

 

 

anwar

 

 

Katanya, beberapa soalan mendesak ditanya antaranya keperluan meningkatkan hubungan anak seni terkait dua negara, soal pendidikan, diplomasi dan peluang ekonomi yang boleh dimanfaatkan.

 

"Sesi ini juga ruang untuk saya jelaskan secara santai akan hala tuju Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani untuk difahami warga hadirin, termasuk yang menyaksikan secara langsung di alam maya.

 

 

anwar

 

 

"Mending lebih banyak penjelasan dibuat berkaitan hala tuju kerajaan dari disalahtafsir mahupun termakan dengan fitnah dalam zaman yang penuh dengan tantangan kepesatan teknologi, termasuk di rantau ASEAN ini," katanya menerusi hantaran di Facebook. - DagangNews.com