Jambatan Pulau Pinang arah ke Seberang Perai ditutup sementara pada 8 Januari 2023 sempena Penang Fellowship Ride - PLUS | DagangNews Skip to main content

Jambatan Pulau Pinang arah ke Seberang Perai ditutup sementara pada 8 Januari 2023 sempena Penang Fellowship Ride - PLUS

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 6 Jan - Jambatan Pulau Pinang (dari arah Pulau Pinang ke Seberang Perai) akan ditutup sementara pada 8 Januari 2023 mulai pukul 6.30 pagi sehingga 9 pagi sempena Acara Kayuhan Berbasikal Penang Fellowship Ride 2023.

 

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun, Jambatan Pulau Pinang (dari arah Seberang Perai menghala ke Pulau Pinang) masih beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh tersebut.

 

"Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif sepanjang tempoh penutupan Jambatan Pulau Pinang.

 

"PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan anda dengan sebaik-baiknya," katanya.

 

Tambah kenyataan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya mengikuti Twitter PLUSTrafik untuk maklumat trafik terkini atau menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

 

 

plus

 

 

PLUS turut mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya. - DagangNews.com