Jangan terburu-buru laksanakan dasar penamat generasi tembakau, kata Consumer Choice Center | DagangNews Skip to main content

Jangan terburu-buru laksanakan dasar penamat generasi tembakau, kata Consumer Choice Center

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Consumer Choice Center (CCC) telah menganjurkan satu forum secara dalam talian bertajuk Generasi Penamat: Langkah Tepat atau Menjerat, baru-baru ini.

 

Forum tersebut dianjurkan bagi mendapat pendangan dan membincangkan isu terkini berkaitan Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang bakal melarang individu yang lahir dari tahun 2007 untuk memiliki, membeli dan mengguna produk rokok termasuk rokok elektronik.

 

Menurut wakil Consumer Choice Center Malaysia, Tarmizi Anuwar, pelaksanaan Generasi Penamat Tembakau adalah satu tindakan yang terburu-buru dan seharusnya mengambil kira pelbagai sudut bagi memastikan ia adalah satu usaha yang akan berjaya dengan cemerlang.

 

“Pendapat pakar dalam bidang terutamanya saintifik dan kesihatan harus diambil kira. Oleh kerana itu, kamu menganjurkan sesi perkongsian ilmiah ini bagi membincangkan dan melihat isu ini dalam skop yang lebih luas,’ katanya.


 

Consumer Choice Center Malaysia, Tarmizi Anuwar
                Tarmizi Anuwar

 


Turut serta di dalam forum tersebut adalah bekas Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Dzulkefly Ahmad; Presiden Advanced Centre for Addiction Treatment Advocacy (ACATA), Dr. Arifin Fii; dan juga Presiden Malaysian Vapers Alliance, Khairil Azizi Khairuddin.

 

Dalam perbincangan tersebut, Dr. Arifin Fii berkata, cadangan ini tidak sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

 

“Untuk memastikan kaedah ini Berjaya, sesebuah negara perlu mempunyai kadar perokok tak lebih 15%, tiada masalah kobocoran sempadan, penguatkuasaan yang mantap (melihat pada kadar jenayah dan index rasuah) dan pengetahuan serta kesedaran pengguna berada pada tahap yang cemerlang.”

 

“Malaysia memilih untuk melaksanakan Generasi Penamat dengan menolak konsep Pengurangan Kemudaratan Tembakau. Itu adalah langkah yang tidak betul kerana jika hendak dibandingkan dengan New Zealand, mereka bakal melaksanakannya dengan menerima konsep Pengurangan Kemudaratan Tembakau tersebut.”

 

“Kerajaan harus segera melaksanakan undang-undang vape dan mengiktirafnya sebagai satu kaedah pengurangan kemudaratan bagi rokok,” katanya.

 

Dalam pada itu, Khairil Azizi berkata larangan ini hanya termaktub pada mereka yang lahir pada 2007 dan tidak pada mereka yang lahir 2006 maka ia akan melanggar perkara 8 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kesamarataan.

 

“Akan timbul persoalan, kenapa dia boleh dan saya tidak boleh. Bukan sahaja itu, ia juga bakal melanggar perkara 5 berkaitan hak orang dewasa untuk memilih. Tidak adil produk pengganti tembakau seperti vape dilarang penggunaannya.”

 

Layari laman Facebook Consumer Choice Center (CCC) di https://fb.watch/fcmOpdd1ph/ untuk menonton rakaman penuh forum tersebut. - DagangNews.com