Jenama kopi Maghribi, Bacha Coffee buka cawangan baharu di Suria KLCC | DagangNews Skip to main content

Jenama kopi Maghribi, Bacha Coffee buka cawangan baharu di Suria KLCC

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 29 Sept - Jenama kopi dari Maghribi, Bacha Coffee yang diasaskan di Marrakech pada tahun 1910, meneruskan jelajah dunianya dengan membuka cawangan terbaharu di Suria KLCC. 

 

Kaya dengan sejarah naratif dan koleksi jenama mewah yang mengagumkan, destinasi ikonik ini menggabungkan warisan dengan dan inovasi, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk permulaan Bacha Coffee di Malaysia.

 

Kafe seluas 7,000 kaki persegi, membawa konsep penuh Malaysia menampilkan butik, kaunter bawa pulang dan bilik kopi semuanya dalam satu ruang yang menawan yang boleh memuatkan seramai 92 pelanggan.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif V3 Gourmet, Taha Bouqdib berkata, Malaysia adalah salah satu persinggahan dalam jelajah dunia pembukaan global pihaknya tahun ini, dan satu langkah penting dalam strategi pengembangan di Asia Tenggara.

 

"Pelanggan di Malaysia sudah biasa dengan jenama tersebut melalui interaksi semasa melancong ke luar negara atau melalui saluran digital kami.

 

"Begitu juga dengan pengembangan antarabangsa terkini, kami menyasarkan untuk membawa inovasi ke dalam pasaran dan membawa kopi terbaik dari seluruh dunia kepada mereka dengan destinasi indah di Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

 

bacha

 

 

bacha

 

 

Dalam pada itu, pelanggan boleh memilih daripada lebih 200 jenis 100% Kopi Arabika daripada pengeluar di Afrika, Semenanjung Arab, Amerika Tengah dan Selatan, Caribbean serta Asia.

 

 

bacha

 

 

bacha

 

 

Selain daripada biji kopi, pelanggan boleh menyemak imbas pelbagai koleksi kopi yang dibungkus sebagai hidangan untuk mereka atau untuk diberikan sebagai hadiah. - DagangNews.com