Jentayu lantik bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Sabah sebagai ahli lembaga pengarah | DagangNews Skip to main content

Jentayu lantik bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Sabah sebagai ahli lembaga pengarah

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 2 Feb - Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Masnah Matsalleh dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Jentayu Sustainables Berhad (Jentayu).

 

Masnah, 62, berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Pernigaan daripada Edith Cowan University, Australia dan mempunyai pengalaman selama 39 tahun dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

 

Beliau memegang pelbagai jawatan penting di beberapa kementerian dan agensi di Sabah sebelum bersara pada 31 Disember 2021.

 

Ketika ini, Masnah merupakan Pengarah Bukan Bebas Saham Sabah Berhad dan Borneo Samudera Sdn. Bhd. 

 

Selain itu, beliau juga terlibat dalam pelbagai organisasi termasuk sebagai Pengerusi Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian Tinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) serta menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Sabah and Yayasan Dangsanak.

 

Jentayu mengalu-alukan penyertaan Masnah yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran awam dan masyarakat.

 

"Kami gembira mempunyai individu yang mempunyai pengalaman dan bakat yang begitu luas, dan kami amat mengalu-alukan semua sumbangan beliau kepada Jentayu pada masa hadapan. 

 

"Kami teruja terutamanya kerana belia membawa bersama pengalamannya yang luas dalam perkhidmatan awam," kata Jentayu dalam kenyataan media hari ini.- DagangNews.com