JF Technology catat untung bersih sebanyak RM9.8 juta bagi 9MFY23 | DagangNews Skip to main content

JF Technology catat untung bersih sebanyak RM9.8 juta bagi 9MFY23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Mei - JF Technology Berhad merekodkan untung bersih sebanyak RM9.8 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Mac 2023 (9MFY23) didorong hasil sebanyak RM33.3 juta.

 

Untung bersih itu sebahagian besarnya disebabkan oleh perubahan dalam campuran produk, perbelanjaan sekali sahaja yang berkaitan dengan penghijrahan kumpulan ke Pasaran Utama Bursa Malaysia bersama-sama dengan caj cukai positif yang diiktiraf dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

 

Berkenaan dengan perubahan dalam campuran produk, terdapat sumbangan yang lebih tinggi daripada ujian bahagian produk antara muka dan pembuatan di China di mana perniagaan ini masih meningkat dan masih belum mencapai keuntungan optimum.

 

Sementara itu, hasil yang diraih itu adalah sama seperti RM33.3 yang diraih bagi 9MFY22 didorong sumbangan yang lebih tinggi daripada bahagian produk antara muka ujian dan kemudahan pembuatan di Kunshan tetapi diimbangi oleh permintaan yang lebih perlahan yang berpunca daripada kelembapan dalam industri semikonduktor.

 

Pengarah Urusan JF Techology, Datuk Foong Wei Kuong berkata, cabaran makroekonomi dan kitaran pasaran telah memberi kesan kepada industri semikonduktor, malah, firma penyelidikan IT, Gartner, mengunjurkan hasil semikonduktor global menurun 11% pada 2023

 

Beliau berkata, dari sudut positif dalam industri semikonduktor, terdapat pertumbuhan yang datang daripada pelbagai subsektor seperti automotif, perindustrian, internet of things dan ketenteraan/aeroangkasa.

 

"Jualan dalam pasaran cip automotif sahaja dijangka berkembang sebanyak 14% tahun ini menurut Gartner. Ini adalah trend yang kami alami juga dengan permintaan daripada segmen automotif yang terus meningkat," katanya dalam satu kentataan, hari ini.

 

Kumpulan itu mencatatkan pertumbuhan hasil tahun ke tahun sebanyak 4.2% kepada RM10.7 juta untuk 3QFY23 daripada RM10.3 juta tahun lepas didorong oleh permintaan yang mampan.

 

Sementara itu, keuntungan bersih bagi suku semasa dalam tinjauan berjumlah RM2.5 juta berbanding RM3.2 juta pada 3QFY22.

 

Ia disebabkan oleh perubahan yang dinyatakan di atas dalam campuran produk dan perbelanjaan sekali sahaja yang berkaitan dengan pemindahan penyenaraian. - DagangNews.com