JPN, PPD diminta ambil tindakan kerosakan infrastruktur sekolah di Johor | DagangNews Skip to main content

JPN, PPD diminta ambil tindakan kerosakan infrastruktur sekolah di Johor

Datuk Dr. Radzi Jidin menyampaikan ucapan kepada para pelajar di Kota Tinggi, Johor
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

JOHOR BAHRU 23 Feb -  Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri ini diminta mengambil tindakan segera terhadap kerosakan infrastruktur dan kemudahan di empat buah sekolah di Kota Tinggi.

 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kerosakan tingkap, bumbung dan tandas itu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Jaafar Albar, SMK Bandar Easter, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Setia Jaya serta SK Bandar Easter.

 

"InsyaAllah kami akan ikhtiarkan yang terbaik bagi menyediakan persekitaran lebih selesa buat seluruh warga sekolah," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

 

Dr Radzi berkata, lawatannya di Kota Tinggi semalam bertujuan meninjau keadaan infrastruktur, pengoperasian serta persediaan sekolah menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada 2 Mac depan.

 

Di samping meninjau perjalanan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris bagi calon SPM 2021 yang sedang berlangsung di SMK Tan Sri Jaafar Albar dan SMK Bandar Easter, beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada calon SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sekolah tersebut.

 

 

kpm

 

 

kpm

 

 

"Program turun padang ke Kota Tinggi ini juga melibatkan sesi libat urus bersama pengetua dan guru besar dari seluruh daerah ini. 

kpm

 

 

"Saya berkongsi tentang aspirasi untuk menerapkan konsep SekolahKu SEJAHTERA melalui 14 elemen utama seperti seronok, selamat, sihat, etika, empati dan artikulasi. Elemen ini perlu diterapkan secara semulajadi dalam kalangan anak-anak khususnya," katanya.

 

 

kpm

 

 

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang berkongsi pandangan serta saranan bagi meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan generasi pewaris negara. - DagangNews.com