JTI Malaysia diiktiraf sebagai majikan terbaik kali ke-9 berturut-turut | DagangNews Skip to main content

JTI Malaysia diiktiraf sebagai majikan terbaik kali ke-9 berturut-turut

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Jan - JTI Malaysia diiktiraf sebagai majikan terbaik di Malaysia untuk 9 tahun berturut-turut atas komitmennya memupuk tempat kerja yang berkembang maju dalam kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman.

 

Pengurus Besar JTI Malaysia, Juliana Mohd Yahaya berkata, pihaknya mempunyai komitmen yang kuat untuk melabur dalam kakitangan mereka dan memupuk budaya, bakat, memperjuangkan keterangkuman serta menyampaikan visi dan nilai syarikat.

 

"Ia bukan hanya tempat kerja, tetapi adalah tempat yang bagus untuk membina kerjaya yang memuaskan dan meraikan kepelbagaian," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.


Pengarah Rakyat & Kebudayaan JTI Malaysia, Sahar Jafari pula berkata, anugerah itu hasil daripada usaha berterusan pasukan, membentuk JTI Malaysia tempat yang bagus untuk bekerja dan hidup. 

 

Katanya, asas kejayaan JTI Malaysia terletak pada komitmen teguh untuk mewujudkan persekitaran kerja positif di seluruh negara, mengutamakan kesejahteraan pekerja dan menawarkan peluang bakat muda menyumbang kepada tempat kerja yang melonjakkan kerjaya dan memecahkan halangan.

 

"JTI juga telah diiktiraf sebagai majikan terbaik global untuk tahun ke-10 berturut-turut. Dengan sedekad memperkasakan kecemerlangan, JTI adalah salah satu daripada 17 syarikat di seluruh dunia yang diberi penghormatan tersebut," katanya.

 

 

JTI
Juliana Mohd Yahaya

 

 

Naib Presiden Kanan Rakyat dan Budaya JTI, Guergana Andreeva berkata, pengiktirafan itu menunjukkan bahawa rakyat adalah teras kepada semua yang dilakukan dan kemajuan yang terus dicapai dalam memperbaiki persekitaran. 

 

"Ia juga menunjukkan masa depan pekerja bahawa JTI adalah tempat yang bagus untuk bekerja," katanya.

 

JTI mengutamakan kesejahteraan pekerjanya melalui inisiatif seperti polisi cuti keluarga dan langkah kerja yang fleksibel. 

 

Ia memastikan setiap pekerja dan keluarga mereka menerima sokongan kelas terbaik. Di Malaysia, langkah itu memperkasakan pekerja untuk mengimbangi peribadi dan kehidupan profesional dengan lancar, memupuk kepuasan kerja dan pembangunan kerjaya. - DagangNews.com