Jualan bagi segmen hospitaliti, rekreasi Sunway dijangka menurun pada 2HFY22 - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Jualan bagi segmen hospitaliti, rekreasi Sunway dijangka menurun pada 2HFY22 - Kenanga Research

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Hasil jualan Sunway Berhad bagi segmen hospitaliti dan rekreasi dijangka lemah pada 2HFY22 didorong kenaikan kadar faedah yang akan mengurangkan kemampuan orang ramai untuk berbelanja. 

 

Kenanga Research berkata, jualan bagi 1HFY22 dilihat selaras dengan sasaran yang mereka tetapkan itu RM1.6 bilion tetapi syarikat itu menyasarkan jualan sebanyak RM2.2 bilion.

 

Katanya, jualan semasa yang belum direkodkan kekal sihat pada tahap RM4.14 bilion. 

 

"Melangkah ke hadapan, segmen rekreasi dan hospitaliti Sunway masih mempunyai ruang untuk penambah baikan kerana ia semakin menghampiri ke tahap pra pandemik.

 

"Bagi segmen penjagaan kesihatan, kami menjangkakan keuntungan kukuh yang didaftarkan akan berkurangan selepas Sunway Medical Tower D mula beroperasi pada fasa pertama," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Keuntungan teras kumpulan itu pada 1HFY22 adalah RM228.1 juta selaras dengan jangkaan firma itu sebanyak 54% dan 47% unjuran konsensus.

 

Hasil 1HFY22 meningkat 21% dalam semua segmen operasinya berbanding tempoh pandemik setahun lalu.

 

Firma itu terus menyukai kumpulan itu kerana model pemulihan pantas untuk cabang pembangunan hartanahnya selain kepelbagaian rangkaian aset pelaburan yang menyediakan asas pendapatan yang stabil.

 

"Kami mengekalkan saranan 'outperform' dan mengekalkan harga saranan (TP) RM2.05 sesaham," katanya. - DagangNews.com