Jualan Perodua diunjur meningkat pada 2H22 didorong pengenalan model Alza baharu | DagangNews Skip to main content

Jualan Perodua diunjur meningkat pada 2H22 didorong pengenalan model Alza baharu

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Julai - AmInvestment Bank Research menjangkakan jualan kenderaan Perodua akan terus meningkat pada 2H22 berbanding 1H22 didorong oleh pengenalan model baharu Alza di pasaran.

 

Firma itu berkata, Alza generasi sebelum ini menyumbang antara 5% hingga 7% atau 1,200 unit jualan kenderaan pada setiap bulan dan generasi baharu model itu dijangka membuat penampilan sulung di pasaran bermula 20 Julai 2022.

 

Model baharu itu tampil dalam tiga varian bermula pada harga RM62,000 (1.5X), 68,000 (1.5 H) dan RM75,000 (1.5 AV) berbanding psaing mereka seperti Mitsubishi Xpander dan Honda BR-V yang berharga antara RM23,000 hingga RM36,000 lebih mahal.

 

"Margin keuntungan bagi model baharu itu juga lebih baik tanpa perlu menawarkan diskaun bagi menarik pembeli," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, Perodua memiliki lebih daripada 200,000 tempahan sehingga 30 Jun 2022 dan ia boleh diterjemahkan kepada jualan lebih daripada tujuh bulan berdasarkan kapasiti pengeluaran bulanan sebanyak 28,000 unit

 

Katanya, kekurangan bekalan cip bukan lagi masalah utama, Perodua seharusnya dapat meneuhi tempahan itu menjelang tarikh akhir pendaftaran iaitu pada Mac 2023.

 

perodua

 

Perodua mengekalkan komitmennya untuk memberikan nilai kepada pengguna dengan mengekalkan harga bagi kebanyakan modelnya walaupun kos input semakin meningkat.

 

"Pembuat kereta itu mengambil langkah mengurangkan kos dengan meningkatkan kecekapan kapisiti pengeluarannya.

 

"Kadar inflasi semasa membuatkan lebih ramai pelanggan untuk berjimat dalam perbelanjaan harian bagaimanapun dengan memberikan nilai kepada pelanggan, Perodua berpeluang untuk mendapatkan manfaat daripada keadaan semasa," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' untuk saham MBM Resources Berhad dengan nilai wajar (FV) RM5.00. - DagangNews.com