JuiceUp bolehkan pembayaran kad bagi pengecas Cucuk, EVPower, JusEV, TNB Electron EV | DagangNews Skip to main content

JuiceUp bolehkan pembayaran kad bagi pengecas Cucuk, EVPower, JusEV, TNB Electron EV

Pengecas EVPower DC bersama terminal pembayaran kad JuiceUp di The Concept Hotel Melaka.
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 23 Julai - Anak syarikat PAIDChain Sdn Bhd, JuiceUp melancarkan sistem penyelesaian pembayaran terbuka bagi pengecas EV di EVX 2024. 

 

Pada masa yang sama, syarikat perisian-sebagai-perkhidmatan tempatan itu juga megumumkan perkongsian strategik dengan Pengendali Titik Caj (CPO) yang menggunakan penyelesaian syarikat itu untuk pengecas EV mereka.

 

Menurut JuiceUp, pilihan utama pengguna untuk mengaktifkan pengecas EV dan membayar yuran pengecasan adalah melalui aplikasi mudah alih. 

 

Dengan peningkatan bilangan CPO dalam pasaran, ia bermakna pengguna perlu memuat turun berbilang aplikasi mudah alih dan mendaftar akaun baharu bersama berbilang EV.

 

Juice Up mengatakan, dengan pilihan pembayaran kad, pengguna tidak perlu bergantung pada aplikasi mudah alih untuk mengecas EV mereka. 

 

“Di samping itu, mereka boleh mengaktifkan pengecas EV dan membayar yuran menggunakan kad kredit atau debit melalui terminal pembayaran kad fizikal.

 

“Apa yang menjadikan sistem pembayaran JuiceUp sedikit berbeza ialah pelanggan boleh memantau kemajuan pengecasan EV mereka dari jauh.

 

“Mereka boleh melakukan ini dengan mengimbas kod QR pada skrin terminal kad yang akan membawa mereka ke halaman status pengecasan melalui pelayar web mereka,” ujarnya. 

 

jijij

 

Semasa EVX 2024, JuiceUp mengumumkan tiga CPO akan menyepadukan pengecas EV mereka melalui sistem pembayaran terbukanya iaitu Cucuk, JusEV, dan TNB Electron. 

 

Syarikat itu menekankan garis masa pelancaran untuk CPO itu tidak diketahui buat masa ini kerana proses penempatan masih di peringkat awal dan berbeza dari satu lokasi ke lokasi.

 

Walaupun JuiceUp menghadapi kekangan itu, sistem pembayaran terbuka telah digunakan pada beberapa pengecas EV di Lembah Klang, Melaka, dan Johor di bawah rakan kongsi MSM pertama JuiceUp, EVPower.  

 

Antara lokasi pengecas EV termasuk, Arte Cheras, Arte Month Kiara, Mercure Kuala Lumpur Trion, Sports Arena Kuala Lumpur, The Concept Hotel Melaka, and Menara Hartamas Johor Bahru.

 

Selain daripada CPO, JuiceUp juga telah menandatangani perkongsian dengan pelbagai pihak ekosistem EV yang meliputi pengeluar pengecas, institusi kewangan, syarikat penyelesaian pembayaran, penyedia perkhidmatan IoT dan syarikat tenaga boleh diperbaharui. 

 

Syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan JuiceUp termasuk Visa, CIMB, Bank Islam, Bank Muamalat, Gading Kencana, Malakoff, TELD, Automasi VSD, Sinexcel, Reactive Energy dan My Evolution.- DagangNews.com