Jurang jangkaan sewa antara pemilik dan penyewa semakin mengecil semasa tempoh kemerosotan ekonomi | DagangNews Skip to main content

Jurang jangkaan sewa antara pemilik dan penyewa semakin mengecil semasa tempoh kemerosotan ekonomi

CEO SPEEDHOME, Wong Whei Meng

KUALA LUMPUR 23 Jun - Jurang permintaan harga sewaan kediaman antara pemilik rumah dengan penyewa di kawasan Lembah Klang telah berkurang dengan ketara sekali dalam tempoh 5 bulan pertama pada tahun ini.

Jumlah perbezaan jurang permintaan sewa adalah di antara 1 peratus hingga 9 peratus dan hal ini menunjukkan bahawa pemilik lebih pragmatik dalam meletakkan harga rumah sewa mereka.

Menurut laporan data transaksi platform sewa, jual dan beli rumah, SPEEDHOME; Cyberjaya menunjukkan jurang jangkaan harga sewa rumah yang tertinggi iaitu sebanyak 9 peratus lebih tinggi berbanding harga transaksi akhir yang mampu dibayar oleh penyewa sejak 5 bulan yang lalu.

Pemilik rumah di Cyberjaya meletakkan harapan tinggi terhadap situasi harga terkini, terutamanya kerana kebanyakan jenis rumah di kawasan berkenaan adalah lengkap berperabot khusus bagi menarik golongan pelajar asing dan ekspatriat, dan jurang harga sewa tidak banyak berubah semenjak dari tahun lalu.

Kajang pula menduduki tempat kedua selepas Cyberjaya dengan mengenakan harga sewa yang ideal sekitar 8 peratus lebih rendah daripada harga tawaran terakhir penyewa. 

Kedudukan daerah Kajang yang berada jauh dari pusat bandar menyebabkan permintaan sewa adalah rendah berbanding rumah sewa yang berada hampir dengan pusat bandar.

Walau bagaimanapun, jurang jangkaan harga sewa pemilik rumah juga adalah 15 peratus lebih tinggi daripada tahun lalu. Jurang ini telah mengecil kepada 8.3 peratus kerana kedua-dua pihak lebih rela membuat konsesi terhadap harga sewa yang ditetapkan.

Di Serdang (Seri Kembangan) pula, terdapat lebih ramai pembeli rumah berbanding penyewa walaupun di sini terdapat banyak jalan berdekatan dan perhubungan pengangkutan awam yang mudah serta pusat pengajian tinggi terkemuka iaitu Universiti Putra Malaysia yang terletak di kawasan ini.

Dalam masa lima bulan pertama pada tahun 2020, jangkaan harga pemilik rumah tempatan juga menyusut dengan ketara, dengan perbezaan hanya 5.2% daripada penyewa berbanding dengan 12.3% pada tahun lalu, yang boleh dikatakan sebagai penurunan yang besar.

Perkongsian data sewaan oleh SPEEDHOME terutamanya berdasarkan pada jenis harga sewa yang rendah sehingga sederhana dengan harga sewa kediaman adalah di antara RM1,000 hingga RM2,100. Perbandingan harga ini mencerminkan keadaan tawaran dan permintaan terkini bagi sewaan hartanah kediaman di Lembah Klang pada tahap tertentu.

Prospek sewaan kediaman bagi separuh kedua tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif SPEEDHOME, Wong Whei Meng berkata bahawa kadar pengangguran yang tinggi di Malaysia pastinya akan mempengaruhi pendapatan isi rumah. 

Hal ini dijangkakan terdapat lebih banyak penyesuaian terhadap permintaan harga sewa tetapi tiada penurunan mendadak, terutamanya apabila sewaan kediaman tidak mampu menampung bayaran gadai janji hartanah semasa pelancaran rumah baharu di kawasan Lembah Klang pada 5 tahun yang lalu. 

Pemilik rumah yang masih mempunyai kewangan yang kukuh sanggup meluangkan lebih banyak lagi masa bagi menunggu penyewa yang sesuai untuk menyewa rumah mereka.

Dijangkakan ramai penyewa juga akan lebih sensitif terhadap harga sewa rumah, tetapi rumah dengan kadar sewa yang rendah hingga sederhana tidak semestinya perlu mengurangkan sewa kerana pemilik rumah telah menyewakan unit mereka dengan pinjaman bulanan perumahan yang lebih rendah dan kadar pengurangan sewa juga adalah terhad.

Sekiranya sewa lebih rendah daripada harga semasa, pemilik lebih suka meninggalkan rumah berkenaan kosong tanpa sebarang kelengkapan perabot.

“Pasaran sewaan kediaman di Malaysia pada separuh kedua tahun ini masih lagi merupakan pasaran pihak penyewa. Penyewa mungkin dapat mencari tempat tinggal pilihan mereka dengan harga kurang dari 10%, tetapi jangan berharap akan ada penurunan sewa yang mendadak”, kata beliau dalam kenyataan di sini.

Firma  SPEEDHOME, asalnya ia ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Speedrent Technology Sdn Bhd menggabungkan perlindungan dan inovasi teknologi dalam sewaan kediaman dan pasaran hartanah.

Bekerjasama dengan Insurans Am Allianz semenjak tahun 2017, firma itu menyediakan sebuah platform sewaan kediaman yang selamat dan mudah akses untuk kemudahan tuan rumah dan penyewa. Tuan rumah boleh melindungi hartanah mereka dengan Insurans Am Allianz sehingga RM42,000. Pada tahun 2019, firma melebarkan sayap di bawah jenama baru iaitu SPEEDHOME.