KUALA LUMPUR 4 Nov - Lebih banyak bank domestik meningkatkan kadar mereka berikutan kenaikan 25 mata asas (bps) dalam kadar dasar semalaman (OPR) yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank-bank sedang menyemak semula kadar asas (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman/pembiayaan asas (BLR/BFR) mereka berikutan pengumuman berkenaan.
Affin Bank Berhad, Affin Islamic Bank Berhad dan Affin Hwang Investment Bank Berhad akan menyemak semula kadar rujukan pinjaman atau pembiayaan mereka meningkat sebanyak 25 bps bermula 7 November 2022.
Selaras dengan semakan semula itu, deposit tetap Affin Bank dan kadar deposit-i berjangka Affin Islamic juga akan diselaraskan mulai 7 November 2022.
Hong Leong Bank Berhad dan Hong Leong Islamic Bank Berhad juga akan menyemak semula SBR kepada 2.75% manakala BR dan kadar asas Islam (IBR) akan disemak kepada 3.63% daripada 3.38%.
BLR dan kadar pembiayaan Islam (IFR) akan disemak kepada 6.64% daripada 6.39% dan perubahan itu akan bermula pada 8 November 2022.
Pada masa sama, CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad akan menaikkan kadar SBR, BR dan simpanan tetap/pendapatan pulangan tetap-i mereka sebanyak 25bps.
Ia merangkumi semua kemudahan pembiayaan bank berdasarkan BLR dan BFR akan dinaikkan sebanyak 0.25% dan semua perubahan itu akan bermula 8 November 2022.
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi kepada 2.75% pada 3 November 2022.
Ini menjadikan kadar faedah penanda aras terkini semakin hampir kepada paras pra-pandemik sebanyak 3% yang kali terakhir dilihat pada 5 November 2019. - DagangNews.com