Kadar vaksinasi Malaysia meningkat 151,309 semalam | DagangNews Skip to main content

Kadar vaksinasi Malaysia meningkat 151,309 semalam

.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 9 Jun - Malaysia mencatatkan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin sebanyak 3.7 juta setakat 8 Jun 2021.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah semasa itu terdiri daripada 2.6 juta penerima dos pertama dan 1.18 juta yang telah melengkapkan dos kedua.

 

.

 

Jumlah kumulatif berkenaan meningkat 151,309 berbanding 3.6 juta yang dicatatkan pada 7 Jun 2021.

 

Menurut data semasa JKJAV, jumlah pemberian dos vaksin mengikut negeri turut mencatakan peningkatan dari semasa ke semasa.

 

.

 

Selangor dan Kuala Lumpur terus mencatatkan jumlah penerima vaksin dos pertama yang tertinggi dengan jumlah masing-masing sebanyak 379,119 dan 446,172.

 

Semalam, sebanyak 105,722 dos pertama vaksin telah diberikan di seluruh Malaysia.

 

Sementara itu, sebanyak 45,587 dos kedua turut diberikan sekali gus menjadikan jumlah pemberian dos semalam berjumlah 151,309.

 

.

 

Dalam perkembangan berbeza, jumlah pendaftaran kumulatif nasional turut mencatatkan peningkatan kepada 52.70% setakat 8 Jun 2021 berbanding 52.50% pada sebelumnya.

 

Peratusan tersebut sekali gus menunjukkan seramai 12.77 juta rakyat Malaysia yang telah berjaya membuat pendaftaran untuk mendapatkan vaksinasi. - DagangNews.com