KAG, Koperasi Felcra Seberang Perak bekerjasama bangun Sistem Maklumat Beras di ladang Kg. Gajah | DagangNews Skip to main content

KAG, Koperasi Felcra Seberang Perak bekerjasama bangun Sistem Maklumat Beras di ladang Kg. Gajah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Jun - Key Alliance Group Berhad (KAG) menerusi anak syarikatnya, Agrocloud Sdn. Bhd. memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Koperasi Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad bagi pembangunan dan pelaksanaan Sistem Maklumat Beras di ladang Felcra Berhad Seberang Perak, Kg. Gajah, Perak.

 

KAG dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, menerusi MoU itu, Koperasi Felca akan bertindak sebagai penyelaras bagi memudahkan keperluan bagi pelaksanaan Sistem Maklumat Beras manakala, Agrocloud akan menyediakan Koperasi Felca dengan teknologi maklumat, peralatan, platform serta latihan yang berkaitan tujuan itu.

 

"Sistem tersebut adalah bagi meningkatkan hasil penanaman padi melalui teknologi Internet Kebendaan (IOT) dan Sistem Sokongan Keputusan (DSS) melalui Sistem Maklumat Beras.

 

"Sistem itu juga akan memastikan kaedah pertanian pertanian moden dan berjentera sepenuhnya digunakan serta melaksanakan kaedah pertanian yang sesuai untuk ditentukan kemudian," katanya.

 

Perjanjian kerjasama itu berkuat kuasa 1 Jun 2022 selama setahun dan ia boleh diperbaharui dengan mana-mana pihak memberikan notis bertulis selama tiga bulan kepada pihak berkaitan.

 

Perjanjian itu juga boleh ditamatkan sebelum tamat tempoh kerjasama dengan mana-mana pihak memberikan notis bertulis selama tiga bulan. 

 

MoU itu tidak akan memberi kesan kepada modal dan struktur pegangan saham syarikat, namun ia akan menyumbang secara positif kepada KAG secara positif pada masa akan datang.

 

"Bagaimanapun, Lembaga Pengarah KAG akan terus berhati-hati dalam mempertimbangkan risiko yang berkaitan dan akan mengambil langkah yang sewajarnya dalam merancang kejayaan pelaksanaan MOU," katanya. - DagangNews.com