Kaji selidik UCSI: Ramai pilih cara bekerja hibrid | DagangNews Skip to main content

Kaji selidik UCSI: Ramai pilih cara bekerja hibrid

Dalam fasa endemik, ada yang mahu ke pejabat sekali-sekala tetapi tidak mahu bekerja dari rumah 100%

Pusat Penyelidikan Undian UCSI mengeluarkan dapatan kaji selidik terkini berkaitan Pilihan Mod Bekerja di Malaysia membabitkan 667 orang responden dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

Daripada 667 responden, 62% mempunyai pengalaman bekerja dari rumah (BDR) sebelum pelaksanaan PKP sementara 88% berpengalaman BDR ketika tempoh pelaksanaan PKP.

 

Ketika ditanya sekiranya mereka diberi pilihan untuk BDR, bekerja dari pejabat atau hibrid, 66% reponden memilih mod hibrid sementara 21% lagi memilih BDR dan 13% memilih bekerja dari pejabat.

 

Menariknya, 62% daripada 38% responden yang tidak pernah merasai pengalaman BDR sebelum PKP memilih mod bekerja hibrid. Keputusan ini menunjukkan mereka masih belum bersedia untuk kembali sepenuhnya ke pejabat.

 

ucsi

 

Kaji selidik ini bertanya lanjut bagi mendapatkan maklumat berkaitan jantina, status perkahwinan dan bilangan anak.

 

Keputusan menunjukkan responden yang memilih mod bekerja hibrid merentasi empat faktor itu secara umum dan bekerja dari pejabat adalah pilihan paling kurang digemari.

ucsiucsiUCI

Kaji selidik juga ingin melihat jenis pekerjaan responden sama ada pekerjaan mereka melibatkan kerjasama pasukan untuk disiapkan atau pekerjaan mereka melibatkan penyeliaan orang bawahan.

 

Secara umumnya, keputusan menunjukkan tanpa mengira jenis pekerjaan responden lebih memilih mod hibrid dan sekali lagi bekerja di pejabat adalah yang paling kurang digemari.

 

ucsi

 

Statistik menunjukkan responden lebih memilih mod bekerja hibrid tanpa mengira latar belakang dan jenis pekerjaan mereka.

 

Bekerja dari rumah atau pejabat sepenuhnya bukan pilihan melihat kepada jurang keputusan responden.

 

Di sini agak menarik untuk dilihat sama ada majikan mahu mempertimbangkan untuk beralih daripada mod konvensional (bekerja di pejabat) dan menyesuaikan pekerjaan itu dengan mod hibrid.

 

Menariknya, keputusan ini selari dengan keputusan kaji selidik Pusat Penyelidikan Undian UCSI yang disiarkan 23 Februari 2022 lalu mengenai topik Peletakan Jawatan Besar-besaran.

 

Kaji selidik itu menunjukkan mod bekerja menjadi alasan utama sekiranya Malaysia berdepan gelombang peletakan jawatan besar-besaran.

 

Mereka yang bersetuju Malaysia bakal berdepan peletakan jawatan besar-besaran itu kerana pekerja kini memilih pekerjaan yang lebih kerap bekerja dari rumah.

 

Bagi mereka yang tidak bersetuju berpendapat majikan mereka fleksibel dalam pengaturan kerja dan selesa dengan konsep BDR selepas PKP. - DagangNews.com