Kakitangan Amazon, Apple, Facebook dan Google kumpul AS$4.8 juta sokong Joe Biden | DagangNews Skip to main content

Kakitangan Amazon, Apple, Facebook dan Google kumpul AS$4.8 juta sokong Joe Biden

Joe Biden dan Donald Trump

NEW YORK 8 Okt. - Sokongan daripada kakitangan Silicon Valley terhadap calon Demokrat, Joe Biden dilihat amat luar biasa menjelang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020 pada 3 November nanti.

Menurut laporan Wired, kakitangan di Amazon, Apple, Facebook, syarikat induk Google iaitu Alphabet, Microsoft dan Oracle secara keseluruhannya telah menyumbang sebanyak AS$4,787,752 untuk kempen Biden sejak 2019.

Jumlah tersebut jauh berbeza dengan jumlah yang disumbangkan untuk kempen Presiden AS, Donald Trump iaitu sebanyak AS$239,527.

Lapor Business Insider, data tersebut diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan iaitu sebuah agensi yang merayu orang ramai menyumbang AS$200 atau lebih bagi menjayakan kempen presiden dengan mengambil kira pilihan mereka.

Data tersebut juga hanya menunjukkan sumbangan kurang daripada 5,300 orang berbanding 1.4 juta pekerja di enam syarikat teknologi berkenaan secara keseluruhannya.

Jumlah itu juga adalah tidak termasuk dengan mereka yang membuat sumbangan lebih kecil daripada AS$200.

Daripada enam syarikat berkenaan, kakitangan Alphabet secara kolektifnya memberi sumbangan paling tinggi kepada kempen Biden iaitu sebanyak AS$1.8 juta.

Kakitangan Oracle pula menjadi penyumbang paling rendah untuk kempen Biden iaitu sebanyak AS$204,208.

Menurut laporan juga, 20% daripada sumbangan yang dibuat oleh Oracle adalah untuk kempen Trump.

Microsoft pula menjadi syarikat yang memberi sumbangan paling tinggi berbanding enam syarikat lain iaitu sebanyak AS$75,428 bagi kemen Trump.

Pada pilihan raya presiden 2016 lalu, syarikat di bawah Silicon Valley sebahagian bersarnya memberi sokongan kepada kempen Hillary Clinton.

Malah, pekerja syarikat teknologi berkenaan turut mengadakan demonstrasi untuk memprotes penglibatan syarikat masing-masing dengan prntadbiran Trump melalui kontrak kerajaan seperti Google's Project Maven pada 2018. - DagangNews.com