Kanger sedia jadi pengeluar buluh terbaik dunia | DagangNews Skip to main content

Kanger sedia jadi pengeluar buluh terbaik dunia

Kanger International Bhd.

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Kanger International Bhd. bersedia untuk menjadi sebagai syarikat pengeluar produk terbaik dunia.

Pengarah Eksekutifnya, Steven Kuah Choon Ching berkata, kesediaan itu dilihat melalui kerjasama 70:30 syarikatnya dengan kerajaan Jingzhou di Wilayah Hunan, China.

"Kami berada pada kedudukan yang kukuh untuk meningkatkan perniagaan buluh kami agar mampu menjadi salah satu pengeluar buluh terbaik dunia.

"Kerja-kerja ujian sedang giat dijalankan di kilang baharu kami yang bernilai RM121 juta bertempat di Jingzhou," katanya dalam satu kenyataan.

Kanger mempunyai kekuatan pengeluaran huluan dalam aspek perladangan serta hiliran yang berkaitan dengan aspek pemprosesan, pembuatan dan pengedaran.

Kilang Kanger di Jingzhou turut dilengkapi dengan pusat penyelidikan dan pembangunan serta fasiliti yang menggunakan teknologi pemprosesan canggih.

Teknologi tersebut mampu memproses buluh mentah kepada pelbagai jenis produk seperti perabot, lantai dan bahan binaan.

Pasaran buluh di peringkat global mencatatkan nilai AS$ 68.8 bilion (RM288.8 bilion) pada tahun 2018 susulan penggunaan yang optimum bagi penghasilan perabot, ukiran, lantai dan pelbagai produk lain.

Di luar negara, Kanger juga telah meluaskan lagi rangkaian pengedaran membabitkan 100 kedai peniaga di seluruh China termasuk jualan dan penghantaran dalam talian seperti JD.com, Taobao dan WeChat.

Manakala di Malaysia, syarikat tersebut membeli tanah di Kuala Selangor pada harga RM6.8 juta bagi menjana aliran pendapatan baharu. - DagangNews.com