Kapal beroperasi pada kapasiti penuh, Keyfield dijangka catat hasil lebih baik - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Kapal beroperasi pada kapasiti penuh, Keyfield dijangka catat hasil lebih baik - Kenanga Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Jun - Kenanga Research menjangkakan Keyfield International Bhd mencatatkan hasil yang lebih baik pada suku kedua dan ketiga dengan kesemua kapalnya beroperasi pada kapasiti penuh selepas musim tengkujuh.

 

Katanya, majoriti bot kerja penginapan (AWB) mereka terlibat engan piagam jangka sederhana selama enam hingga sembilan bulan. 

 

Firma penyelidikan itu berkata, sekiranya permintaan untuk AWB kekal teguh, mereka mengunjurkan, kumpulan itu boleh memperoleh kadar piagam harian (DCR) yang lebih tinggi untuk FY25.

 

"Memandangkan bekalan kapal sokongan luar pesisir (OSV) yang ketat di Malaysia, kami menjangkakan DCR akan terus meningkat dalam beberapa bulan akan datang.

 

"Kami menaikkan unjuran untung bersih FY25F kami sebanyak 6% selepas mengambil kira sumbangan daripada MV Belait Barakah. Kami mengandaikan 75% penggunaan kapal dengan DCR sebanyak RM110,000," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERAKITAN: Keyfield peroleh dua kapal AS$36.5 juta, kukuhkan kedudukan sebagai penyedia penginapan luar pesisir

 

Kenanga Research berkata, kumpulan itu telah membuat tempahan untuk AWB kedudukan dinamik baharu 2 (DP2) dengan Jingjiang Nanyang Shipbuilding Co Ltd (JNS) dan Nantong Shunyang Trade and Development Co Ltd (NTSD) di China dengan harga RM143.7 juta.

 

Katanya, AWB itu boleh memuatkan 239 penumpang dan menggunakan sistem pendorong diesel-elektrik.

 

"Jumlah perbelanjaan modal sebanyak RM182 juta akan menjadikan kupulan itu daripada tunai bersih RM39 juta pada akhir 1QFY24 kepada hutang bersih dan penggearan RM143 juta dan 0.2x yang masih sangat terurus," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM2.85 sesaham.- DagangNews.com