Kediaman Rimbun Jasmin habis ditempah dalam masa 3 jam | DagangNews Skip to main content

Kediaman Rimbun Jasmin habis ditempah dalam masa 3 jam

Persekitaran Rimbun Jasmin yang dilengkapi dengan bilik pengawal memberikan keselamatan 24 jam kepada penduduk.

Persekitaran Rimbun Jasmin yang dilengkapi dengan bilik pengawal memberikan keselamatan 24 jam kepada penduduk.

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Kediaman Rimbun Jasmin yang dilancarkan oleh pemaju hartanah terkenal, IJM Land Berhad telah habis ditempah dalam masa tiga jam.

Pengurus Besar Kanan (Wilayah Sentral) IJM Land, Datuk Hoo Kim See berkata, kediaman tersebut mendapat respon memberangsangkan daripada orang ramai meskipun ekonomi negara berada dalam keadaan tidak menentu.

"Ia telah menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan daripada orang ramai dan walaupun
keadaan ekonomi sedikit suram pada masa ini.

"Projek kediaman Rimbun Jasmin habis ditempah dalam tempoh tiga jam sahaja," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Rimbun Jasmine adalah sebuah projek pembangunan kediaman yang terletak bersebelahan dengan Seremban 2 yang memberi peluang kepada keluarga untuk mengfokuskan kepada hubungan silaturrahim dengan orang yang tersayang di samping menikmati kemudahan yang disediakan.

Pembeli rumah yang hadir ke galeri jualan Seremban 2 sejak awal pagi untuk membuat pilihan terbaik unit Rimbun Jasmin.
Pembeli rumah yang hadir ke galeri jualan Seremban 2 sejak awal pagi untuk membuat pilihan terbaik unit Rimbun Jasmin.

 

Rimbun Jasmine juga merupakan tarikan terbaharu kepada perbandaran yang telah memenangi pelbagai anugerah dan dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM73.2 juta. 

Merangkumi 129 unit rumah dua teres dua tingkat di dalam kawasan seluas 11.24 ekar, Rimbun Jasmine
menonjolkan kawasan kediaman santai yang dilengkapi dengan gaya hidup tenang di dalam komuniti
berpagar dan berpengawal.

Selain itu, unit tengahnya mempunyai saiz tanah 20x70 kaki dengan keluasan sehingga 1932 kaki persegi yang cukup untuk membina ruang bagi menjalankan aktiviti harian.

Kakitangan IJM Land memberi penerangan dan maklumat lengkap mengenai Rimbun Jasmine kepada pembeli.
Kakitangan IJM Land memberi penerangan dan maklumat lengkap mengenai Rimbun Jasmine kepada pembeli.

 

Golongan bukan bumiputera boleh membeli Rimbun Jasmine pada harga bermula daripada RM542,800 ke atas, manakala bumiputera pula pada harga bermula daripada RM488,520 dan ke atas.

Penduduk boleh memanfaatkan kemudahan yang ditawarkan oleh perbandaran Seremban 2 termasuklah
akses pantas dalam jarak 5 kilometer ke perkhidmatan runcit dan komersil seperti AEON Mall, Mydin Mall, Tesco, Palm Mall dan NSK Trade City.

Rimbun Jasmine juga berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), ELITE dan LEKAS yang menyediakan laluan pantas ke lokasi utama seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan Melaka. 

Selain itu juga, Rimbun Jasmine turut dibina berhampiran dengan sekolah seperti  beberapa sekolah kebangsaan, Zenith International School dan prasekolah R.E.A.L Kids. - DagangNews.com