Kehadiran pengunjung ke Resort World Genting diijangka pulih sepenuhnya menjelang FY24 - Maybank IB | DagangNews Skip to main content

Kehadiran pengunjung ke Resort World Genting diijangka pulih sepenuhnya menjelang FY24 - Maybank IB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Jun - Kehadiran pengunjung ke Resort World Genting (RWG) dijangka pulih sepenuhnya menjelang FY24, lebih lewat daripada jangkaan.

 

Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, kehadiran pengunjung selepas tragedi tanah runtuh di Batang Kali mula menunjukkan peningkatan namun ia masih belum mencapai paras FY19.

 

Firma itu berkata, kehadiran pelancong asing masih kurang kerana kapasiti penerbangan yang rendah.

 

"Bagaimanapun, syarikat penerbangan Malaysia memberi banyangan bahawa kehadiran pelancong akan kembali ke paras normal menjelang FY24.

 

"Kami menyemak turun pendapatan FY23/FY24/FY25 sebanyak 27%/8%/4%," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, walaupun kehadiran pengunjung RWG bertambah baik bermula Mac 2023 dan seterusnya, ketibaan pelawat harian semasa sebanyak 56,000 orang membayangkan ketibaan pelawat RWG pada suku kedua tahun ini sebanyak 5.1 juta-5.2 juta yang masih 15% di bawah paras FY19.

 

Firma itu mendedahkan bahawa ketibaan pelawat domestik dan Singapura ke RWG sudah hampir pulih ke tahap FY19.

 

"Namun, kami memahami bahawa kekurangan sebanyak 15% yang dinyatakan adalah disebabkan kehadiran pelawat utama dari Indonesia, Hong Kong dan China masih belum hadir secara beramai-ramai keraja kapasiti penerbangan yang rendah.

 

"Oleh itu, kami mengurangkan pendapatan FY23 sebanyak 27% kerana kami kini meramalkan ketibaan pelawat FY23 RWG sebanyak 20.8 juta (23.7 juta sebelum ini)," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM2.85 sesaham. - DagangNews.com