Kekacauan Wall Street beri kesan kepada pasaran Malaysia, pelabur asing jual RM768.4 juta ekuiti tempatan minggu lalu - MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Kekacauan Wall Street beri kesan kepada pasaran Malaysia, pelabur asing jual RM768.4 juta ekuiti tempatan minggu lalu - MIDF Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Kekacauan di Wall Street memberi kesan kepada pasaran Malaysia dengan pelabur asing menjual RM768.4 juta ekuiti tempatan pada minggu lalu.

 

MIDF Research berkata, mereka menjadi penjual bersih setiap hari pada minggu lalu dengan jualan terbesar berlaku pada Isnin dan Khamis iaitu sebanyak RM336.1 juta dan RM226.7 juta.

 

"Pelabur asing hanya membeli dalam tiga sektor iaitu telekomunikasi dan media (RM10 juta), kesihatan (RM8.6 juta), dan perladangan (RM7.1 juta).

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7402170188709285138.jpg?itok=ZQmynoKF","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7402170188709285138?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

"Tiga sektor teratas yang dijual bersih oleh pelabur asing ialah produk dan perkhidmatan pengguna (RM151.8 juta), hartanah (RM149.5 juta) dan teknologi (RM120.2 juta)," katanya dalam nota aliran dana berakhir 9 Ogos 2024, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, institusi tempatan menjadi pembeli bersih pada minggu lalu dengan mencatatkan pembelian sebanyak RM1.19 bilion.

 

Katanya, mereka membeli bersih pada setiap hari dengan jumlah belian bersih terbesar berlaku pada Isnin iaitu sebanyak RM545.8 juta.

 

"Ini merupakan jumlah belian bersih terbesar dalam sehari sejak 2018, apabila mereka beli bersih RM846.3 juta pada 6 Februari," katanya.

 

MIDF Research berkata, peruncit tempatan menjual bersih RM424.6 juta ekuiti minggu lepa. Isnin menyaksikan jualan bersih terbesar sehingga RM209.7 juta.

 

Purata jumlah dagangan harian (ADTV) menunjukkan peningkatan merentas semua kelas pelabur. 

 

Pelabur asing menyaksikan lonjakan tertinggi sebanyak 47.4%, diikuti oleh peruncit tempatan pada 47.3% dan pelabur institusi tempatan pada 37.7%. - DagangNews.com

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/vW7rllVSR3s.jpg?itok=DrjzWSZh","video_url":"https://youtu.be/vW7rllVSR3s","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}