Kemasukan Malaysia sebagai ahli RCEP adalah cerminan positif potensi perkembangan ekonomi | DagangNews Skip to main content

Kemasukan Malaysia sebagai ahli RCEP adalah cerminan positif potensi perkembangan ekonomi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Mac - Kemasukan Malaysia sebagai ahli Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bermula 18 Mac 2022 adalah antara cerminan potensi perkembangan ekonomi yang memberangsangkan bagi tahun ini.

 

Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, menerusi perjanjian itu kadar eksport negara anak meningkat sebanyak RM44 bilion setahun.

 

Katanya, peralihan negara ke fasa endemik bermula 1 April ini juga adalah perkembangan positif selepas kadar vaksinasi negara kini hampir 80% bagi seluruh Malaysia atau hampir 98% untuk penduduk dewasa 

 

"Minat pelabur asing juga dicerminkan menerusi pelaburan sebanyak RM3.5 bilion dalam pasaran bon tempatan pada Januari lalu dan sejumlah RM3.6 bilion dalam pasaran ekuiti.

 

"Pemulihan perdangangan dunia yang dijangka berkembang 6% bagi tahun 2022 dan pemulihan kadar pengangguran ke 4.2% pada Januari lalu adalah lebih baik berbanding kadar tertinggi 5.3% hampir dua tahun lalu," katanya semasa majlis pelancaran Hari Terbuka GLC 2022, hari ini. 

 

Tengku Zafrul berkata, perkembangan positif itu akan dilengkapi dengan strategi dan inisiatif Bajet 2022 bernilai RM332.1 bilion bagi meneruskan momentum pemulihan jangka pendek sambil menerapkan dasar-dasar penyusunan semula bagi jangka panjang.

 

Beliau berkata, ia termasuk usaha ekosistem Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) merangkumi pelaburan bernilai RM30 bilion, usaha membantu usahawan berniali RM5 bilion dan usaha membantu rakyat bernilai RM500 juta.

 

"Usaha itu juga merangkumi penyediaan lebih 30,000 peluang pekerjaan dan sekurang-kurangnya 40% perolehan tempatan dianugerahkan pada usahawan Bumipuera," katanya. - DagangNews.com