Kemelesetan ekonomi global akan beri tekanan kepada Tasco - RHB Research | DagangNews Skip to main content

Kemelesetan ekonomi global akan beri tekanan kepada Tasco - RHB Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Feb - Kemelesetan ekonomi global dijangka terus memberi tekanan kepada Tasco Berhad dan industri logistik secara keseluruhan.

 

RHB Research berkata, mereka bagaimanapun kekal positif terhadap perkembangan pasaran Amerika Syarikat (AS) dan global selepas menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada musim panas 2023.

 

Katanya, bagi 2023, unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 2% manakala Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan perkembangan 2.9% untuk perkembangan global.

 

"Pengurusan berkongsi strateginya untuk mengurangkan penyumberan luar pihak ketiga untuk segmen kontrak logistik (CL) sambil mengekalkan penggunaan tinggi asetnya sendiri sekiranya kemelesetan global berlaku.

 

"Melangkah ke hadapan, perkhidmatan dan pelanggan yang pelbagai akan kekal sebagai keutamaan kumpulan bersama dengan kehadirannya yang kukuh di peringkat antarabangsa," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu melaporkan melaporkan untung bersih RM20.4 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2022 (3QFY23) menjadikan keuntungan sembilan bulan (9MFY23) kepada RM69 juta.

 

Keputusan itu melebihi jangkaan berikutan pertumbuhan yang lebih kukuh daripada jangkaan dalam segmen perniagaan domestiknya.

 

Firma itu berkata, walaupun kadar tambang yang tidak memberangsangkan merupakan kebimbangan utama namun peningkatan dalam perdagangan akan membawa kepada pertumbuhan jumlah pemprosesan yang positif dalam tempoh terdekat.

 

Katanya, walaupun berlaku penurunan keuntungan bersih 3QFY23 akibat tukaran mata wang asing tidak direalisasi, analisis firma itu menunjukkan bahawa pendapatan 4QFY23 dijangka lebih stabil kerana tukaran wang asing adalah lebih baik.

 

"Pusat Logistik Shah Alam setinggi empat tingkat itu akan diserahkan pada Januari 2024," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM1.86 sesaham. - DagangNews.com