Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
PUTRAJAYA 28 Julai - Kementerian Kewangan (MOF) menurunkan kuasa kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk memuktamadkan perolehan vaksin di peringkat Kementerian masing-masing.
Turut diputuskan oleh MOF ialah meningkatkan peruntukan bagi perolehan vaksin dan PICK daripada RM3 billion (komitmen yang diumumkan pada hujung tahun 2020) kepada RM5.8 bilion seperti yang diumumkan melalui pakej PEMULIH pada bulan Jun 2021
Kementerian Kewangan juga memberi kelonggaran kepada KKM dan MOSTI untuk menguruskan perbelanjaan peruntukan berhubung pelaksanaan PICK tertakluk kepada siling peruntukan RM5.8
bilion yang diluluskan MoF.
"MOF juga memberi komitmen untuk terus memainkan peranannya menjayakan usaha PICK demi mencapai vaksinasi penuh penduduk dewasa dan selanjutnya membolehkan pembukaan aktiviti ekonomi dan sosial berfasa selaras dengan Pelan Pemulihan Negara.
"Keputusan itu adalah susulan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama Dato’ Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kewangan (MOF) telah menghadiri Mesyuarat Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung Perolehan Vaksin COVID-19.
"Menteri Kewangan telah menjelaskan peranan MOF dalam menyediakan tatacara perolehan dan peruntukan bagi memudahcara dan menyegerakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk mencapai objektif imunisasi lengkap bagi penduduk Malaysia menjelang bulan Oktober 2021," kata kementerian dalam kenyataan di sini hari ini. - DagangNews.com