Kenaikan harga jualan dijangka lindungi margin keuntungan InNature | DagangNews Skip to main content

Kenaikan harga jualan dijangka lindungi margin keuntungan InNature

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Mei - CGS-CIMB Research menjangkakan kenaikan harga jualan InNature Berhad akan membantu menyeimbangkan kenaikan kos serta melindungi margin keuntungan tapi bakal memberi kesan terhadap jumlah jualan kumpulan.

 

Firma itu berkata, memomentum pendapatan kumpulan itu bagi FY22F akan disokong oleh kenaikan harga produk yang progresif terutama pada 2H22F, didorong reka bentuk pembungkusan baharu serta pengenalan produk baharu seperti minyak wangi dan produk penjagaan kulit.

 

"Bagaimanapun, kami melihat terdapat sokongan permintaan daripada pelanggan tetap dan mereka menyumbang sebanyak 76% daripada jumlah pendapatan kumpulan pada FY21.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2022 turun sebanyak 11.1% kepada RM4.53 juta daripada RM5.1 juta tahun lalu akibat daripada pendapatan yang rendah.

 

Pendapatan kumpulan itu juga menurun sebanyak 11.2% kepada RM33.74 juta daripada RM38 juta akibat sumbangan hasil yang rendah daripada perniagaan di Malaysia, Vietnam dan Kemboja.

 

Perbandingan untuk suku tahun, untung bersih kumpulan itu menurun sebanyak RM41.61% daripada 7.76 juta manakala hasil mereka menurun sebanyak 22.75% daripada RM43.68 pada 4QFY21.

 

Firma itu menyemak turun penarafan InNature kepada 'pegang' dengan harga sasaran RM0.62 berbanding 'tambah' sebelum ini akibat suasana operasi yang lemah.

 

"Kami menjangkakan harga saham kumpulan itu akan disokong oleh jenama yang kukuh daripada The Body Shop pada masa akan datang,"  katanya. - DagangNews.com