Kenanga jangkakan pemulihan pantas Takaful Malaysia pada suku keempat | DagangNews Skip to main content

Kenanga jangkakan pemulihan pantas Takaful Malaysia pada suku keempat

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 24 Nov - Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan pemulihan pantas bagi Syarikat Takaful Malaysia (Takaful Malaysia) pada suku keempat tahun kewangan 2021 (4QFY21) selepas kerajaan mula melonggarkan sekatan berkaitan pandemik COVID-19.

 

Dalam nota penyelidikannya, Kenanga Investment memberitahu, kesan berlarutan daripada sekatan pergerakan ke atas premium pada suku ketiga yang lalu telah diburukkan lagi oleh nisbah gabungan yang lebih tinggi.

 

"Walau bagaimanapun, kami berpendapat pemulihan pantas akan berlaku untuk 4QFY21, trend yang sama selepas sekatan pergerakan 2020 dan kami menjangkakan peningkatan dalam kedua-dua premium dan nisbah gabungan," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

 

Takaful Malaysia mencatatkan keuntungan bersih teras (CNP) sebanyak RM72.7 juta bagi 3QFY21, turun 11% suku ke suku dan 12% tahun ke tahun (YoY) menjadikan CNP 9 bulan pertama tahun ini kepada RM255.8 juta. 

 

Ia merupakan di bawah anggaran yang dibuat Kenanga / konsensus pada 68%/67% disebabkan oleh pemulihan dalam premium perolehan bersih (NEP) yang lebih perlahan daripada jangkaan. 

 

Untuk YoY, premium perolehan kasar (GEP) meningkat 9% daripada Takaful Keluarga yang lebih kukuh (+7%) dan Takaful Am (+14%), kedua-duanya terjejas oleh MCO 1.0. Walau bagaimanapun, peningkatan sebanyak 21% dalam lebihan kepada pengendali/peserta takaful memadamkan keuntungan, mengakibatkan penurunan 2% dalam CNP.

 

"Kami masih mengekalkan saranan 'Outperform' bagi saham Takaful Malaysia dengan harga sasaran tidak berubah pada RM5.85 sesaham.

 

"Risiko kepada panggilan kami termasuk premium yang lebih rendah ditaja jamin, tuntutan yang lebih tinggi daripada jangkaan yang ditanggung, nisbah perbelanjaan pengurusan yang lebih tinggi daripada jangkaan, dan gelombang wabak selanjutnya," katanya. 

 

Tersenarai sejak 1996, Takaful Malaysia telah menjadi antara pengendali takaful terkemuka di negara ini. 

 

Ia menjalankan perniagaan takaful keluarga dan am serta mempunyai operasi di Indonesia.

-DagangNews.com