Kenanga Research jangka IHH Healthcare catat pemulihan permintaan lebih kukuh pada 2QFY22 | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research jangka IHH Healthcare catat pemulihan permintaan lebih kukuh pada 2QFY22

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Jun - Kenanga Research menjangkakan pemulihan permintaan pada 2QFY22 lebih kukuh dengan IHH Healthcare mencatatkan peningkatan pesakit tempatan dan pertambahan pesakit asing di Malaysia dan Singapura. 

 

Firma itu berkata, peningkatan untuk pesakit tempatan dan asing meningkat terutamanya pada bulan April 2022 selain kadar penggunaan katil di Turki meningkat kepada 80% dan kumpulan itu menjangkakan kadar penggunaan katil akn terus meningkat.

 

Katanya, di India mereka menjangkakan berlaku pemulihan untuk pesakit bukan COVID-19 sejak 1QFY22 selain penurunan untuk pembedahan elektif rendah berpunca daripada gelombang Omicron.

 

"Selaras dengan permintaan yang kukuh, kami menjangkakan pendapatan untuk setiap pesakit dalaman akan mengatasi jangkaan awal kami dengan harga sudah diselaraskan mengikut kadar inflasi semasa 1QFY22.

 

"Bagaimanapun, inflasi bekalan perubatan sebahagian besarnya adalah kurang daripada inflasi harga yang dilihat memberi kesan terhadap margin keuntungan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, pelaburan kumpulan itu bergantung kepada keupayaan mereka mengekalkan harga serta kemampuan mereka untuk mengatasi kos pada ketika berlakunya peningkatan kadar inflasi.

 

Katanya, selain itu permintaan kukuh daripada pesakit domestik dan antarabangsa mula mencatatkan peningkatan pada Mac 2022 serta kedudukannya sebagai peneraju di negara yang mereka beroperasi.

 

"Bagaimanapun, kumpulan itu terdedah dengan kesan daripada kemelesetan ekonomi global dan stagflasi," katanya.

 

Firma menyemak semula penarafan mereka kepada 'outperfom' berbanding 'market perform' dengan harga sasaran (TP) RM7.20 berbanding  RM6.65. - DagangNews.com