Kenanga Research positif langkah IOI Properties ambil alih W Kuala Lumpur | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research positif langkah IOI Properties ambil alih W Kuala Lumpur

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Dis - Kenanga Research positif terhadap langkah IOI Properties Group Berhad mengambil alih hotel W Kuala Lumpur yang terletak di lokasi strategik di tengah-tengah ibu kota.

 

Pada masa sama, langkah itu dilihat memberi potensi pulangan jangka panjang bagi kumpulan itu dan berdasarkan hasil yang dicatatkan pada 1QFY24, segmen hospitaliti menyumbang 8% daripada pendapatan keseluruhan kumpulan.

 

"Pengambilalihan itu akan meningkatkan sedikit kadar penggearan kumpulan daripada 0.70x kepada 0.71x.

 

"Bagaimanapun, butiran mengenai keuntungan W Kuala Lumpur masih belum jelas dan oleh itu kami mengelak daripada memasukkan sebarang kemas kini buat masa ini," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Tropicana cadang lupus W Kuala Lumpur berharga RM270 juta kepada IOI PFCC, Flora Development

 

Firma penyelidikan itu menyukai kumpulan itu kerana fokus utama mereka terarah kepada produk bernilai tinggi di kawasan perbandaran matang selain kepelbagaian produk.

 

Katanya, portfolio pelaburan hartanahnya mencatatkan perkembangan positif dan memerikan pendapatan berulang selain kehadirannya dalam suasana rancak sektor hartanah di Singapura.

 

"Bagaimanapun, kumpulan itu turut berdepan beberapa risiko seperti kemerosotan berpanjangan dalam pasaran hartanah tempatan selain kenaikan kadar gadai janji yang menjejaskan kemampuan.

 

"Kumpulan itu juga berdepan risiko peningkatan kos pembinaan dan risiko berkaitan operasi di luar negara" katanya.

 

MIDF Research mengekalkan saranan 'market perform' dengan harga sasaran (TP) RM1.75 sesaham. - DagangNews.com