Kenanga Research positif pengambilalihan ekuiti dalam UMW kukuhkan kedudukan Sime Darby dalam pasaran automotif tempatan | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research positif pengambilalihan ekuiti dalam UMW kukuhkan kedudukan Sime Darby dalam pasaran automotif tempatan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Kenanga Research positif bahawa langkah Sime Darby Berhad mengambil alih majoriti pegangan ekiti di dalam UMW Holdings Berhad akan mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran automotif tempatan.

 

Firma penyelidikan itu berkata, selepas pengambilalihan itu, bahagian pasaran kumpulan itu dalam pasaram industri automotif tempatan akan meningkat daripada 3% kepada lebih 50% berdasarkan kepada jenama Toyota dan Perodua di bawah UMW.

 

Katanya, UMW menyediakan akses kepada ekosistem Toyota dan besar dan rantai bekalan bernilai tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan pendedahan pasaran tempatan Sime Darby selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia (NIMP) 2030.

 

"Selepas pengambilalihan itu, hutang dan penggearan kumpulan itu akan meningkat daripada RM2.7 bilion kepada RM8.6 bilion.

 

"Sime Darby merancang untuk mengurangkan hutangnya dengan melupuskan aset bukan teras, iaitu perniagaan penjagaan kesihatan dan aset tanahnya di Malaysia Vision Valley, Labu," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Sime Darby ambil alih 61.2% pegangan dalam UMW berharga RM3.57 bilion atau RM5 sesaham, bentuk gergasi permotoran baharu

 

Firma itu berkata, Sime Darby menjangkakan mencatatkan margin pertumbuhan satu digit untuk segmen perindustrian dengan semakan menaik dalam harga alat ganti peralatan sejak Jun 2022.

 

Katanya, kumpulan itu berpandangan bahawa harga arang batu akan kekal stabil, didorong oleh permintaan kukuh terhadap pembukaan semula ekonomi.

 

"Selain itu, logam yang digunakan dalam pengeluaran bateri untuk kenderaan elektrik seperti litium, kobalt, nikel, grafit, mangan, tembaga dan aluminium bersedia untuk kitaran naik yang dilanjutkan.

 

"Ia akan mendorong sokongan selepas jualan dan produk yang memperoleh margin yang lebih tinggi berbanding dengan jualan peralatan," katanya.

 

Kenanga Research mengekalkan andaian margin perindustrian pada 5.6% untuk FY23 dan FY24.

 

Katanya, Sime Darby yakin dengan pasaran Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Singapura) dengan pelancaran EV baharunya telah diterima baik.

 

"Mereka sedang mencari peluang untuk melancarkan model baharu semua-baru BYD Seal, Kia EV5 dan BMW i5 elektrik penuh," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP)  RM2.45 berbanding RM2.40 sesaham sebelum ini. - DagangNews.com