Kenanga Research positif terhadap sektor alumninium didorong normalisasi ekonomi | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research positif terhadap sektor alumninium didorong normalisasi ekonomi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Mac - Kenanga Research kekal positif terhadap sektor aluminium dan menjangkakan harga komoditi itu akan pulih disokong normalisasi ekonomi.

 

Firma itu berkata, sejak China kembali dibuka pada awal Januari 2023, harga komoditi telah pulih dengan kukuh selepas separuh kedua 2022 selain kekangan bekalan di Eropah, purata harga jualan (ASP) dijangka meningkat jika tidak dikekalkan pada tahap semasa.

 

"Ini kerana ASP tidak mungkin kembali semula ke tahap sebelum COVID-19 dalam tempoh terdekat kerana pemulihan permintaan sebahagian besarnya disebabkan oleh normalisasi aktiviti ekonomi.

 

"Purata harga aluminium London Metal Exchange (LME) AS$2,436 bagi setiap tan adalah 4% lebih tinggi daripada AS$2,345 bagi setiap tan pada separuh kedua 2022," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, walaupun terdapat penangguhan harga keluli (kedua-dua keluli panjang dan rata) namun kembali meningkat daripada paras rendah pada November 2022 namun firma itu tertap berhati-hati terhadap prospek keluli panjang.

 

"Ini disebabkan oleh permintaan lemah di China berikutan pelaksanaan projek pembinaan dan infrastruktur yang perlahan yang diburukkan lagi oleh krisis hutang hartanahnya," katanya.

 

Firma itu menjangkakan Ann Joo Resources Berhad dan United U-Li Corp. Berhad akan berdepan tekanan margin keuntungan manakala Engtex Group Berhad dijangka meraih lebih banyak kontrak pengantian paip bagi mengurangkan air tidak terhasil (NRW) menjelang 2025.

 

"Program penggantian paip yang berpotensi masih belum diterokai termasuk daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), penggantian paip di Selangor (Skim Bekalan Air Sungai Rasau Fasa 2) dan program penggantian paip di seluruh negara yang sedang dijalankan," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor itu. - DagangNews.com