Kenanga Research unjur Swift Haulage catat untung bersih RM18 juta bagi 4QCY22 | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research unjur Swift Haulage catat untung bersih RM18 juta bagi 4QCY22

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Nov - Kenanga Research mengunjurkan Swift Haulage Berhad mencatatkan untung bersih sebanyak RM18 juta bagi 4QCY22.

 

Katanya, prestasi kewangan semasa kumpulan itu meningkatkan keyakinan firma itu terhadap kekuatan penyedia perkhidmatan logistik bersepadu itu.

 

Firma itu berkata, prestasi menggalakkan kumpulan itu sebahagian besarnya didorong oleh pemulihan dalam aktiviti perniagaan berikutan pelonggaran sekatan COVID-19 selain pengangkutan produk petrokimia terutamanya Petroleum Nasional Berhad.

 

Katanya, turut membantu ialah jumlah jumlah eksport yang kukuh.

 

“Kami menyukai Swift Haulage kerana kedudukannya dalam perniagaan pengangkutan Malaysia dengan menguasai hampir 10% pasaran.

 

"Tawaran nilai tambah bersepadunya menghasilkan margin keuntungan sebelum cukai yang hebat sebanyak 10%, berbanding purata industri sebanyak 4% dan potensi pertumbuhan luar biasa perniagaan pergudangannya, menunggang di pasaran e-dagang domestik,” katanya dalam satu nota kajian hari ini.

 

Swift Haulage mencatatkan keuntungan bersih RM39.2 juta atau 4.42 sen sesaham pada hasil RM479.7 juta untuk 9MFY22.

 

Hasil pendapatan itu sebahagian besarnya selaras dengan unjuran firma itu.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM1.01 berdasarkan 14 kali ganda pendapatan harga (PE) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FY23).

 

Katanya, saranan itu adalah selaras dengan nilai purata industri. - DagangNews.com