DENGAN perkembangan dunia digital yang pesat, kebanyakan organisasi melaksanakan pemasaran digital di dalam perniagaan.
Malah pemain industri juga menyebar luas perniagaan dengan menggunakan pelbagai rangkaian platform pemasaran digital.
Pemasaran digital didefinisikan sebagai aktiviti pemasaran yang menggunakan peralatan elektronik atau internet.
Saluran pemasaran digital seperti emel, media sosial, iklan secara dalam talian (online), aplikasi mobil, enjin pencari, blog dan juga laman web yang boleh menghubungkan penjual dan pembeli.
Untuk menggiatkan aktiviti pemasaran digital dengan efisyen, kini telah pelbagai agensi yang menawarkan perkhidmatan menjalankan pemasaran digital dan juga kursus latihan pemasaran digital.
Tidak dinafikan bahawa kepesatan pemasaran digital kini menjadi salah satu tunjang utama kenaikkan ekonomi perniagaan. Dek kerana perkembangan teknologi baharu yang pantas dan dinamik, pemasaran digital perlu dipelajari dengan konsisten.
Kini, kursus pemasaran digital telah diperkenalkan di kebanyak instritusi pengajian tinggi bagi memenuhi keperluan industri. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu pemain industri untuk mencapai mutu perniagaan yang optimum dan kompetitif.
Menurut Pengarah Urusan Ricoh (Malaysia), Alice Lee, teknologi moden ini perlu diteroka dan diceburi kerana ia dapat membantu perniagaan untuk menjana lebih banyak keuntungan berbanding perniagaan yang menggunakan pedekatan pemasaran secara tradisional.
Menurut pengkaji dari Universiti Islam Selangor, pemasaran secara tradisional memerlukan kos kewangan yang tinggi, tenaga dan masa yang banyak kerana media cetak dan media penyiaran seperti televisyen, radio, akhbar, dan lain-lain menjadi saluran komunikasi utama dalam mempromosikan dan mengiklan produk-produk perniagaan.
Dengan menggunakan pemasaran digital, segala aktiviti pemasaran dapat dilakukan pada satu masa dan tempat.
Sebagai contoh, pengunaan laman web dapat menyimpan segala informasi perniagaan, produk, dan lain-lain.
Ia juga memudahkan pengguna untuk melanggan atau membeli-belah melalui laman web dan merasai pengalaman maksimum.
Berdasarkan kajian statistik dari Meltwater, Malaysia mencatatkan 18.9% pernambahan pemasaran digital setiap tahun.
Pada tahun 2023, Malaysia mencatatkan rekod sebanyak 68.2% perbelanjaan di dalam pengunaan pemasaran digital.
Pemasaran digital telah menjadi salah satu perkara yang penting perlu diterap di dalam perniagaan.
Para pemain industri mahupun ahli akademik, percaya bahawa individu yang tidak menggunakan pemasaran digital bakal menghadapi risiko perubahan ketara dan di lihat sebagai lemah oleh pesaing mereka.
Dengan kehadiran pemasaran digital, cara penyampaian informasi tentang perniagaan lebih kreatif, inovatif dan menarik.
Kesimpulannya, dunia digital adalah cara baharu yang perlu digunakan dalam perniagaan. Di sini kita dapat lihat bahawa pemasaran digital membawa pelbagai kebaikan kepada perniagaan dan ekonomi negara. - DagangNews.com
Aliff Naimi Mohammad Ali adalah pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, UiTM Melaka