Keputusan kewangan 9MFY23 Ancom Nylex berjaya capai unjuran, kata Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Keputusan kewangan 9MFY23 Ancom Nylex berjaya capai unjuran, kata Kenanga Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 April - Keputusan kewangan Ancom Nylex Berhad bagi tempoh 9MFY23 berjaya mencapai unjuran didorong jumlah jualan yang tinggi, prestasi logistik yang cemerlang dan normalisasi kadar cukai.

 

Kenanga Research berkata, prospek perkembangan kumpulan itu akan dipacu pengembangan kapasiti pengeluaran produk berkaitan monosodium methanearsonate (MSMA) di kilangnya di Shah Alam.

 

Katanya, bahagian pasarannya yang semakin meningkat di Thailand disokong oleh pemansuhan Paraquat secara berperingkat dan pengenalan produk margin tinggi baharu menjelang akhir 2023.

 

"Kami menyukai kumpulan itu kerana kedudukannya sebagai pengeluar bahan aktif  terbesar di Asia Tenggara selain menjadi penerima manfaat larangan meluas penggunaan Paraquat dan proksi global kepada pengeluaran makanan dengan matlamat keselamatan makanan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu bagi 9MFY23 melonjak 57.1% kepada RM56.9 juta berbanding RM36.3 juta setahun lalu.

 

BACA JUGA: Untung bersih Ancom Nylex melonjak 57.1% kepada RM56.9 juta bagi 9MFY23

 
Hasil kumpulan itu juga melonjak 8.1% kepada RM1.57 bilion bagi tempoh berkenaan berbanding RM1.45 bagi tahun sebelumnya. 

 

Bagaimanapun, firma itu berkata, kumpulan itu terdedah kepada bebera risiko termasuk kemerosotan dalam pengeluaran tanaman di pasaran utama, risiko kawal selia ke atas AI dan tukaran mata wang asing yang tidak stabil.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM1.80 sesaham. - DagangNews.com