Keputusan permohonan pertukaran guru menerusi eGTukar akan dikeluarkan 6 Disember ini | DagangNews Skip to main content

Keputusan permohonan pertukaran guru menerusi eGTukar akan dikeluarkan 6 Disember ini


NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 24 Nov - Keputusan permohonan pertukaran guru melalui eGTukar bagi pertukaran tahun hadapan akan dikeluarkan pada 6 Disember ini.

 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkatan, keputusan itu akan memberi ruang kepada guru-guru untuk membuat persiapan sewajarnya.

 

"Kami dapati ramai guru khususnya yang memohon pertukaran melalui e-GTukar yang bertanya bila keputusan e-GTukar akan dikeluarkan.

 

"Insya-Allah, kita akan keluarkan keputusan e-GTukar untuk pertukaran tahun hadapan pada 6 Disember ini. 

 

"Ini akan memberi ruang kepada guru membuat persiapan yang sewajarnya. Sama-sama kita tunggu 6 Disember ini," katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.

 

Radzi juga memaklumkan sebelum ini bahawa pihaknya banyak menerima permohonan berkaitan pertukaran guru yang berharap permohonan diproses seiring dengan pengambilan guru baharu secara 'one-off' yang diumumkan KPM.

 

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata, KPM akan cuba menyelesaikan seberapa banyak permohonan pertukaran sebelum penempatan 18,702 orang guru baharu daripada pengambilan 'one-off' berkenaan.-Dagangnews.com