Kerajaan komited memulihara Harimau Malaya terancam - PM | DagangNews Skip to main content

Kerajaan komited memulihara Harimau Malaya terancam - PM

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia mencadangkan penggunaan Kenyataan Bersama Kuala Lumpur mengenai Pemuliharaan Harimau bagi membantu meningkatkan populasi harimau ke dalam habitat di Asia Tenggara.

 

Beliau berkata, kenyataan bersama 13 perkara itu akan menyokong pelaksanaan tindakan dalam Pelan Tindakan Pemulihan Harimau Asia Tenggara (STRAP) berdasarkan keutamaan yang dipersetujui.

 

"Penggunaan Kenyataan Bersama Kuala Lumpur, STRAP dan Strategi Mobilisasi Sumber akan menyediakan Negara Jajaran Harimau untuk menetapkan sasaran tindakan yang boleh diambil secara realistik dalam usaha mereka mencapai matlamat pemulihan harimau," katanya ketika berucap pada persidangan Menteri Asia Keempat Mengenai Pemuliharaan Harimau (AMC4) yang diadakan secara maya hari ini.

 

Yang turut hadir, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan merangkap Pengerusi AMC4 dan Menteri Pertanian dan Hutan Bhutan yang juga Pengerusi Forum Harimau Global, Lyonpo Yeshey Penjor. 

 

Ismail Sabri turut menyeru Negara Jajaran Harimau dan rakan kongsi bekerjasama dalam semangat 'keluarga dunia' bagi menyelamatkan spesies itu kerana kehilangan harimau tidak mengenal sempadan geografi, budaya dan politik.

 

 

pm
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

 

 

Katanya, Penilaian Mobilisasi Sumber Kewangan akan dibincangkan lebih lanjut oleh negara anggota kerana ia akan merangkumi rancangan pembiayaan yang mungkin digunakan negara Asia Tenggara apabila melaksanakan usaha pemuliharaan harimau.

 

Sementara itu, beliau berkata, Kerajaan Persekutuan mengagihkan peruntukan sebanyak RM130 juta kepada kerajaan negeri melalui program Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT) sejak 2019. 

 

Katanya, insentif berkenaan bertujuan melindungi dan mengembangkan habitat harimau di negara ini. 

 

“Aspek pelaksanaan pemuliharaan harimau adalah mahal. Sumber teknikal mencukupi dan kewangan yang banyak diperlukan untuk melaksanakannya secara berkesan. Oleh itu, adalah penting untuk sumber mobilisasi dan mekanisme kewangan yang mampan dilaksanakan,” katanya.

 

Beliau berbangga menjadi pihak dalam senarai luas biodiversiti berkaitan konvensyen pelbagai hala termasuk Konvensyen mengenai Biologi Kepelbagaian (CBD) dan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Liar Flora dan Fauna (CITES). 

 

“Negara juga bekerjasama dengan pelbagai agensi antarabangsa untuk memerangi perdagangan hidupan liar haram termasuk Kumpulan Kerja ASEAN dan Penguatkuasaan Hidupan Liar (AWG CITES & WE) dan Polis Antarabangsa (Interpol),” katanya. 

 

Ismail Sabri berkata, pakar meramalkan Harimau Malaya bakal lenyap dalam tempoh lima hingga 10 tahun jika tindakan strategik dilaksanakan dengan segera.

 

"Harimau sentiasa dihormati dalam banyak budaya di seluruh Asia sebagai lambang keberanian, kuasa dan kegagahan. Ia sangat malang masa depan makhluk agung ini dipertaruhkan kerana perbuatan manusia seperti pemburuan haram, perdagangan haram hidupan liar, dan antara lain perubahan guna tanah, 

 

"Populasi harimau telah merosot kepada kurang daripada 4,000 seluruh dunia. Angka tidak mencukupi ini termasuk 'kritikal terancam’, Harimau Malaya iaitu lambang kekuatan Malaysia dan daya tahan yang menghiasi Jata Negara kita atau Jata Negara," katanya.


Menurut Perdana Menteri, berdasarkan Tinjauan Harimau Kebangsaan Pertama yang dijalankan daripada 2016 hingga 2020, kurang daripada 150 ekor Harimau Malaya yang masih berada di negara ini.

 

"Oleh itu, Harimau Malaya telah diberikan tahap perlindungan tertinggi (Totally Protected Species) mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan  Akta Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Terancam 2008.

 

"Peruntukan dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 diperkukuh dan diluluskan oleh Parlimen pada Disember 2021, juga Kabinet pada 16 Jun 2021 telah bersetuju untuk pemuliharaan Harimau Malaya dari 2021 hingga 2030.

 

"Inisiatif pemuliharaan harimau lain yang berjaya termasuk memenangi anugerah Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) serta Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3)," katanya.

 

Katanya, di bawah kedua-dua program ini, 167 penjenayah hidupan liar telah ditahan kerana menyeludup barangan bernilai RM36 juta.

 

Kerajaan amat serius menyelamatkan spesis tersebut apabila Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas Kebangsaan Bagi Konservai Harimau Malaya (MyTTF) bagi membincangkan tindakan strategik bagi konservasi Harimau Malaya awal Januari lepas.

 

Dalam mesyuarat itu, MyTTF bersetuju dengan Tindakan-Tindakan Strategik Bagi Konservasi Harimau Malaya bagi tempoh 10 tahun (2021 hingga 2030) melalui enam pendekatan. - DagangNews.com