Kerajaan komited tangani isu kenaikan harga barang - PM | DagangNews Skip to main content

Kerajaan komited tangani isu kenaikan harga barang - PM

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bagi menangani isu kenaikan harga barang, dalam masa terdekat.

 

Perdana Menteri menerusi hantaran Facebook beliau memaklumkan, mesyuarat itu juga bagi mendapatkan penjelasan terperinci daripada kementerian-kementerian terbabit.

 

"Kerajaan prihatin tentang kenaikan harga barang yang berlaku sejak kebelakangan ini. Saya akan mempengerusikan mesyuarat NACCOL dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci daripada kementerian-kementerian terbabit," katanya.

 

 

pm

 

 

Katanya, kerajaan komited memastikan kenaikan harga barang segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. - DagangNews.com