Kerajaan yakin pendapatan sektor hiliran koko akan meningkat melebihi RM6.9 bilion | DagangNews Skip to main content

Kerajaan yakin pendapatan sektor hiliran koko akan meningkat melebihi RM6.9 bilion

KUALA LUMPUR 24 Mac - Kerajaan yakin pendapatan sektor hiliran koko yang menyumbang RM6.9 bilion tahun lalu akan meningkat tahun ini kesan daripada kelonggaran sekalan perjalanan di seluruh negara.

 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddi berkata, dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan itu, pihak kementerian menggalakkan agensi di bawahnya untuk menggandakan kerjasama strategik dengan industri dan pihak berkaitan.

 

Beliau berkata, pada masa sekarang, Lembaga Koko Malaysia (LKM) sudah menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa pihak termasuk dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama universiti serta pengeluar coklat seperti Beryl’s Chocolate dan Confectionery Sdn. Bhd.

 

"Menerusi kerjasama ini LKM akan memberkan khidmat nasihat dalam pemilihan dan penyediaan bahan tanaman koko yang berkualiti tinggi, teknologi penanam koko termasuk kawalan penyakit dan perosak, teknologi penanam intergrasi koko. 

 

"LKM juga akan memberikan nasihat untuk tanaman ekonomi lain selain pengurusan kebun ke arah mendapatkan pensijilan MyGAP (Good Agriculture Practices) dan skim sijil MyOrganic," katanya selepas Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ladang Koko Pintar di Setul, Negeri Sembilan, hari ini.

 

Ladang seluas 100 hektar dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Permaju Industries Berhad (PIB) akan diusahakan dengan kerjasama strategik bersama LKM.

 

KPPK

 

Ladang yang bakal diurus dengan menggunakan teknologi pintar iaitu Cocoa Information Management System (CIMS) dari Austria dan ia akan meningkatkan kecekapan dalam pengurusan dan meningkatkan pengeluaran selain menjadi ladang contoh penggunaan teknologi pintar yang akan menarik lebih ramai pelabur dan generasi muda.

 

Zuraida berkata, selain memperoses biji koko yang dihasilkan di ladang itu, PIB juga akan membeli buah koko daripada petani lain di seluruh Negeri Sembilan bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka. 

 

KPPK

 

Beliau berkata, antara strategi untuk meningkatkan pendapatan petani kecil adalah menerusi penghasilan biji koko yang berkualiti yang bakal menghasilkan rasa yang unik dan rasa itu akan membantu meningkatkan hasil jualan mereka.

 

"Peniaga coklat tempatan dan antarabangsa lebih gemar menggunakan biji koko pemium kerana ia akan menghasilkan rasa yang lebih sedap berbanding biji koko biasa.

 

"Atas sebab itu, penghasilan biji koko berkualiti tinggi menjadi tumpuan pembuat coklat," katanya. - DagangNews.com