Kerugian bersih ILB meningkat kepada RM7.3 juta pada 3QFY23 berbanding RM6.2 juta pada tahun lalu | DagangNews Skip to main content

Kerugian bersih ILB meningkat kepada RM7.3 juta pada 3QFY23 berbanding RM6.2 juta pada tahun lalu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Nov - ILB Group Berhad mencatatkan kerugian bersih lebih tinggi sebanyak RM7.3 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2023 (3QFY23) berbanding RM6.2 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

 

Bagaimanapun, kumpulan itu mencatatkan hasil sebanyak RM14.3 juta iaitu 403.8% lebih tinggi daripada hasil sebanyak RM2.8 juta bagi suku yang sama pada tahun lalu didorong perniagaan berkaitan solar yang diperoleh pada suku semasa dalam tinjauan.

 

Bagi tempoh tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2023, kumpulan itu mencatatkan hasil sebanyak RM42.3 juta iaitu 196.5% lebih tinggi daripada hasil sebanyak RM14.3 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.

 

"Kumpulan mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM10.8 juta bagi suku semasa berbanding kerugian sebelum cukai bagi suku yang sama pada tahun sebelumnya sebanyak RM11.4 juta," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Mengulas mengenai prospek, kumpulan itu berkata, berdasarkan rekod cemerlang kumpulan itu dalam melaksanakan dan mengendalikan projek solar ditambah dengan aliran tunai lebih baik.

 

ILB berada pada kedudukan yang baik untuk meningkatkan perniagaan solar bagi menjana pendapatan mampan yang lebih tinggi.

 

Pada Mac 2023, Kerajaan Malaysia telah menetapkan sasaran untuk mencapai 70% bahagian tenaga boleh diperbaharui dalam campuran elektrik terpasang nasional menjelang 2050.

 

"Dengan galakan berterusan daripada kerjaan melalui inisiatif dan langkah proaktif, ILB melihat potensi besar dan peluang yang luas dalam industri tenaga boleh diperbaharui (RE).

 

"ILB akan terus mengambil bahagian dalam semua program berkaitan yang dimulakan oleh kerajaan," katanya.- DagangNews.com