Kes COVID-19 global meningkat hampir 36 juta | DagangNews Skip to main content

Kes COVID-19 global meningkat hampir 36 juta

COVID-19

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Jumlah keseluruhan atau kumulatif positif wabak COVID-19 di seluruh dunia terus mencatatkan peningkatan.

Menurut data terkini dari John Hopkins University menunjukkan jumlah terkini hampir mencecah 36 juta dengan kira-kira 349,000 jangkitan yang direkodkan dalam masa 24 jam.

Data berkenaan memaparkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang mencatatkan kes tertinggi iaitu 7.54 juta.

India dan Brazil juga kekal sebagai negara kedua dan ketiga tertinggi kes dengan jumlah masing-masing sebanyak 6.76 juta dan hampir 5 juta.

Manakala Rusia terus mencatatkan peningkatan melepasi jumlah 1.2 juta berbanding 1.16 juta yang dilaporkan pada 30 September lalu.

Lapor Astro Awani, Columbia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentinam Afrika Selatan, Perancis dan United Kingdom (UK) melepasi angka setengah juta dengan jumlah 546,952 hingga 869,808 kes.

Chile, Iran, Iraq, Bangladesh dan Indonesia pula merekodkan jumlah kes di antara 300,000 dan 500,000 setakat ini.

Dalam pada itu, Ukraine, Kanada, Ecuador dan Qatar pula merekodkan angka 100,000 hingga 200,000 kes.

Negara-negara lain masih merekodkan angka positif COVID-19 di bawah 100,000 kes.

Sementara itu, statistik yang sama menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 melebihi 1.05 juta kes.

AS terus kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 211,532 kes, diikuti Brazil dengan 147,494 kes. - DagangNews.com