KESM perlu produk baharu untuk kekal kompetitif dalam industri semikonduktor automotif | DagangNews Skip to main content

KESM perlu produk baharu untuk kekal kompetitif dalam industri semikonduktor automotif

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Mac - Kenanga Investment Bank Research melihat terdapat keperluan KESM Industries Berhad mengeluarkan produk baharu secara besar-besaran untuk terus bersaing bagi mengekalkan jenama mereka industri semikonduktor automotif.

 

Firma penyelidikan itu berkata, mereka sedang berdepan pelbagai cabaran termasuk kadar penggunaan yang rendah selain kos operasi yang tidak dapat diserap dan sekatan pergerakan di Tianjin, China menambahkan lagi kesukaran KESM sepanjang tempoh dua tahun ini. 

 

"Kumpulan ini dilihat masih ketinggalan berbanding syarikat lain walaupun permintaan dalam industri semikonduktor automotif mencatatkan peningkatan.

 

"KESM dilihat perlu menghasilkan produk baharu untuk dipasarkan atau berdepan risiko ketinggalan dalam sektor semikonduktor automotif," katanya dalam satu nota kajian hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, 2QFY22 mencatatkan kerugian teras sebanyak RM1 juta menjadikan keuntungan teras 1HFY22 menurun sebanyak 17% kepada RM3.9 juta dan ia adalah di bawah sasaran yang ditetapkan.

 

Katanya, kumpulan itu terus berhadapan cabaran semasa pandemik COVID-19 dengan penutupan kilang di Tianjin selama tujuh hari ekoran sekatan pergerakan oleh kerajaan tempatan selepas 137 kes positif di kesan di kawan itu.

 

"Penutupan itu menyebabkan penurunan pendapatan sebanyak RM64.3 juta dan pendapatan bagi 2QFY21 menurun sebanyak 5.4% kepada RM58 juta.

 

"Pendapatan pada 1HFY22 adalah 3% lebih tinggi iaitu RM139.2 juta tetapi keuntungan teras menurun 17% akibat peningkatan kos operasi," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'market perform' untuk saham-saham KESM dengan harga lebih rendah RM8.50 berbanding RM11.40 selain turut menurunkan ujuran keuntungan teras FY22E dan FY23 sebanyak 63% dan 34% atau RM5.3 juta dan RM13.9 juta. - DagangNews.com