KUALA LUMPUR 2 Mei - Pelupusan Straits Apex berpotensi mengurangkan peratusan keuntungan Apex Healthcare Berhad daripada 40% kepada 16%, menurut Public Investment Bank (PublicInvest).
Firma penyelidikan itu berkata pengurangan selepas pelupusan itu ditafsirkan kepada pengurangan dalam ramalannya terhadap keuntungan bersihnya bagi tahun kewangan 2023 hingga 20235 (FY23-25) sebanyak 18%.
“Bagaimanapun, ini merupakan anggaran awal memandangkan kami masih belum mengambil kira potensi pendapatan daripada pajakan kemudahan pengeluaran Batu Kawan yang sedang dalam pembinaan tetapi dijangka siap menjelang suku keempat tahun kewangan 2023 (4QFY23) dan dijadualkan beroperasi menjelang 1QFY24 dan sepatutnya mengurangkan kesan cadangan pelupusan Straits Apex,” jelasnya dalam nota hari ini.
Sementara itu, firma tersebut mengekalkan ramalan pendapatan sementara menunggu penyelesaian cadangan pelupusan Straits Apex.
SAG merupakan pengeluar kontrak peranti ortopedik terkemuka ASEAN untuk syarikat multinasional global melalui dua anak syarikat pembuatannya di bawah Straits Apex Group, Straits Orthopaedics Sdn Bhd SB dan ABio Orthopaedics Sdn Bhd.
Straits Apex Group telah menyumbang kepada keuntungan berkaitan kepada Apex Healthcare melalui SAG selama tiga tahun dari FY20-FY22, yang menyumbang kepada 15%,12% dan 29% daripada keuntungan bersih tahun penuh.
Syarikat bersekutu Apex Healthcare iaitu Straits Apex Group (SAG), telah memeterai perjanjian untuk menjual keseluruhan pegangannya dalam Straits Apex Sdn Bhd kepada Quadria Capital, sebuah firma ekuiti persendirian yang fokus kepada penjagaan kesihatan di Asia.
Penjualan yang dicadangkan membolehkan SAG mengambil bahagian dalam pertumbuhan masa depan Straits Apex Group dengan Quadria sebagai rakan kongsinya.
Cadangan pelupusan itu dijangka berlaku pada 2QFY23 dan selepas pelupusan dimuktamadkan, SAG akan memegang 40% kepentingan ekuiti dalam Straits Apex, dengan Quadria memegang baki 60%.
Manakala, Apex Healthcare akan memegang 16% kepentingan ekuiti berkesan melalui 40% kepentingannya dalam SAG.
PublicInvest berkata pelaburan awal Apex Health dalam SAG adalah RM7 juta pada tahun 2013 dan dengan nilai perusahaan RM424.4 juta dan mengandaikan RM44 juta hutang bersih negatif dan modal kerja, jumlah dibawa selepas pelupusan yang dicadangkan dianggarkan sebanyak RM310 juta.
Firma itu mengekalkan saranan ‘neutral’ dengan harga sasaran (TP) sebanyak RM3.83 sesaham. -DagangNews.com