Keuntungan Q2 Sime Darby menyusut kepada RM345 juta daripada RM633 juta pada tahun lalu | DagangNews Skip to main content

Keuntungan Q2 Sime Darby menyusut kepada RM345 juta daripada RM633 juta pada tahun lalu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Feb - Keuntungan bersih Sime Darby Berhad untuk Q2 FY2022 menyusut kepada RM345 juta daripada RM633 juta pada tahun kewangan sebelum ini hasil daripada pelupusan kepentingan dalam Tesco Malaysia yang menyumbang sebanyak RM272 juta.

 

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Sime Darby memaklumkan bahawa pendapatan mereka menurun sebanyak 6.3% kepada RM10.54 bilion berbanding RM11.24 bilion pada tahun lalu.

 

Keuntungan bersih untuk Q2 FY2022 adalah 4.4% lebih rendah atau RM345 juta berbanding RM361 juta pada suku sama tahun lalu dan ia berpunca daripada keuntungan yang daripada bahagian perindustrian melibatkan operasi China dan Australasia.

 

Keuntungan bersih untuk tempoh enam bulan menurun sebanyak 8.2% kepada RM581 juta akibat sumbangan yang rendah daripada bahagian perindustrian secara keseluruhan di China dan margin operasi yang rendah di Australasia membuatkan jumlah pendapatan menurun sebanyak 4.1% kepada RM21.1 bilion.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, kelembapan dari segi perbelanjaan infrastruktur membawa kepada penurunan dalam pemintaan peralatan berat selain berdepan persaingan sengit daripada pengeluar peralatan tempatan yang memberi kesan kepada pernigaan di China.  

 

Katanya, perintah berkurung separa untuk pasaran di China telah memberi kesan kepada bekalan dan ia menjejaskan hasil jualan di negara itu namun operasi perniagaan Malaysia meningkat hasil daripada margin jualan kereta yang tinggi di New Zealand pada suku kedua.

 

sime

 

"Jelas sekali sebelum ini kami mendapat manfaat sebanyak RM272 juta daripada pelupusan aset kumpulan di dalam Tesco Malaysia, tahun lalu, bagi keuntungan bersih Q2 FY2022, kami berjaya memberikan hasil yang baik meskipun berdepan situasi pasaran yang sukar," katanya.

 

Jeffri berkata, China kekal sebagai pasaran kereta terbesar di dunia dan penyumbang paling penting kepada bahagian permotoran Sime Darby dan pihaknya percaya ia berpotensi untuk berkembang untuk jangka panjang.

 

sime

 

"Kami percaya dengan kehadiran kami di 19 negara akan mengukuhkan kedudukan kami dalam menghadapi cabaran selain memberi peluang untuk mendapatkan segala peluang yang ada.

 

"Walaupun berdepan cabaran dari segi operasi pada separuh pertama FY2022, kami gembira untuk mengumumkan pemberian dividen sebanyak 4 sen sesaham," katanya. - DagangNews.