Keuntungan Samchem meningkat sebanyak 41% bagi FY2021 | DagangNews Skip to main content

Keuntungan Samchem meningkat sebanyak 41% bagi FY2021

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Feb - Keuntungan pengedar bahan kimia dan pelincir bersepadu, Samchem Holdings Berhad mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 84% RM74.72 juta untuk FY21 yang berakhir pada 31 Disember 2021 berbanding RM40.71 juta pada FY2020.

 

Syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, mereka juga mencatatkan peningkatan pendapatan 34% untuk tahun sama iaitu RM1.41 bilion berbanding RM1.05 bilion pada FY2020.

 

Keuntungan kumpulan mencatatkan peningkatan ketara berbanding pendapatan kerana margin keuntungan lebih tinggi kesan daripada kecepakan operasi.

 

Pendapatan 4Q2021 juga meningkat sebanyak 41% iaitu sebanyak RM430.53 juta berbanding RM304.60 juta bagi suku sama tahun lalu kersa daripada peningkatan hasil jualan dan peningkatan harga juala dalam suku itu berbanding tahun lalu.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Samchem, Ng Thin Poh berkata, pembukaan semula perniagaan dalam kesemua pasaran utama menjadi penyumbang kepada peningkatan momentum positif dalam suku keempat dan kumpulan itu yakin tahun 2022 akan menjadi lebih baik.

 

Beliau berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran pandemik pada suku 3Q2021 yang dilihat menjejaskan prestasi mereka, kumpulan itu berjaya melengkapkan FY2021 dengan keuntungan kesan daripada perniagaan yang berdaya tahan.

 

"Kami terus meraih bahagian kami dalam pasaran Malaysia, Vietnam serta Indonesia dan kami berada di kedudukan yang baik untuk mengembangkan perniagaan di ketiga-tiga negara ini.

 

"Pemulihan sektor pembuatan membuatkan perminataan daripada pelanggan semakin bertambah dan ia memberi manfaat kepada bahan kimia kami yang digunakan di dalam semua industri," katanya.

 

Thin Poh berkata, dalam tempoh beberapa tahun akan datang, Samchem berusaha untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pegedar rantaian bersepadu dan gudang mereka di Pulau Indah dijangka beroperasi sepenuhnya pada 4Q2022.

 

"Kami juga memiliki perancangan untuk mengembangkan perniagaan di Vietnam dan menjangkakan sumbangan dari negara itu adalah sangat signifikan untuk beberapa tahun akan datang," katanya. - DagangNews.com