KUALA LUMPUR 22 Sept - KFC Malaysia memperkenalkan tiga menu baharu yang pastinya menambahkan lagi pengalaman hebat kepada pelanggan.
Buat pertama kalinya sejak diperkenalkan pada 2014, KFC yang sinonim dengan sajian ayam goreng terbaiknya akan membawa kembali hidangan makanan laut.
Bagi penggemar ayam, Spicy BBQ Crunch menjanjikan rasa luar biasa. Bukan sekadar sos BBQ pedas manis biasa, sebaliknya hidangan ini dipersembahkan dengan keunikan rasa salai yang berbeza digabungkan dengan kehangatan percikan pedas cili, sekali gus membangkitkan selera.
Untuk tempoh masa terhad, KFC mengembalikan rasa laut serba baharu dengan burger Zinger Surf ‘N’ Turf, lebih menarik kali ini didatangkan dengan dua keping fillet Zinger dan patty donat udang yang sedap.
Dengan rasa pedas isi ayam, kerangupan udang, salad segar, mayonis bawang putih kaya berkrim, semuanya dihidang di antara roti bijan yang dibakar sempurna.
Tidak lengkap rasanya tanpa hidangan tambahan, sudah tentu Frosted Sweet Potato Fries adalah pelengkap yang sempurna. Ubi keledek yang dipotong secara ‘crisscut’, dengan rasa lemak manis dan enak, serta taburan gula aising.
Tersedia sebagai tambahan kepada kombo Wow Bucket atau ala-carte, hidangan ubi keledek ini menawarkan keseimbangan antara rasa manis dan masam.
Sementara itu, KFC mahu kerjasamanya dengan jenama streetwear Pestle & Mortar Clothing dan artis komik tempatan Ujang, terus berkembang.
Kini kerjasama itu tampil dengan dua item baharu, Reversible Bucket Hat dan pin berenamel yang disadur emas 24k edisi khas, di samping rangkaian barangan sedia ada yang dilancarkan sempena ulang tahun ke-50 KFC Malaysia pada Julai lalu. - DagangNews.com