KFC perkenalkan ayam Extra Hot & Spicy baharu sempena Bulan Kemerdekaan | DagangNews Skip to main content

KFC perkenalkan ayam Extra Hot & Spicy baharu sempena Bulan Kemerdekaan


KUALA LUMPUR 25 Ogos – KFC Malaysia memperkenalkan Extra Hot & Spicy baharu untuk waktu terhad, dicipta khusus sempana sambutan bulan Merdeka dan dilancarkan pada 26 Ogos.

 

Hidangan Extra Hot & Spicy tersebut membawa ayam Hot & Spicy ikonik KFC ke tahap kepedasan yang lebih tinggi buat rakyat Malaysia yang gemar dengan makanan pedas, menurut KFC dalam kenyataan di sini hariini.

 

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, hidangan itu menjanjikan lebih kepedasan & kerangupan daripada Hot & Spicy, Extra Hot & Spicy resipi rahsia formulasi baharu. Ketulan ayam segar diperap dalam resipi perapan berempah baharu, kemudian disaluti dengan campuran tepung berempah baharu - memberikannya lebih kerangupan di luar dan ‘juicy’ di dalam.

 

“Sebagai sebuah jenama yang diinspirasikan daripada rakyat Malaysia, dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia, KFC sentiasa menantikan musim patriotik untuk meraikannya bersama peminat kami dengan melakukan sesuatu yang istimewa.

 

''Kami tahu anda suka ayam Hot & Spicy, jadi kami hangatkan sambutan dengan meningkatkan tahap kepedasannya! Extra Hot & Spicy in sememangnya pedas ngam-ngan, sedap kaw kaw dengan setiap gigitan yang ekstra rangup,” kata beliau.

 

Untuk lebih keenakan, KFC Kentang Goncang juga boleh didapatkan buat pertama kali dan sesuai dipadankan dengan Extra Hot & Spicy. Ia ditampilkan bersama paket perasa Hot & Spicy untuk ditabur kemudian digoncang bersama kentang anda!

 

Extra Hot & Spicy akan dilancarkan esok di restoran KFC seluruh negara dengan pelbagai pilihan meluas. Pilih hidangan Kombo 2ketul, 3ketul, atau Box Meal; atau nikmatinya bersama kawan dan keluarga dengan memilih Kombo Bucket 6ketul, 9ketul, atau 12ketul yang turut ada Kentang Goncang. Kentang Goncang juga boleh didapati secara a la carte. - DagangNews.com