KIP REIT umum penambahbaikan KIPMall Senawang di Negeri Sembilan telah disiapkan | DagangNews Skip to main content

KIP REIT umum penambahbaikan KIPMall Senawang di Negeri Sembilan telah disiapkan

KIPMall Senawang, Negeri Sembilan
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 4 Sept - KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) mengumumkan penambahbaikan fasiliti KIPMall Senawang, Negeri Sembilan telah siap. 

 

KIP REIT, melalui inisiatif peningkatan aset (AEI) menjalankan penambahbaikan kedai runcit, kedai makanan dan minuman, sistem penyaman udara, pengubahsuaian pintu masuk pusat membeli-belah serta peningkatan sistem pemadam kebakaran.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, KIP REIT berkata, penambahbaikan yang dimulakan pada Februari 2024 itu juga telah meluaskan sebanyak 51,000 kaki persegi bagi memudahkan ST Rosyam, penyewa utama baharunya.

 

"KIPMall Senawang yang menempatkan 84 kedai runcit, merupakan pusat membeli-belah komuniti KIP REIT yang telah beroperasi di Lavender Heights, Seremban sejak 18 Disember 2012.

 

"Terletak di atas tanah seluas 438,414 kaki persegi, pusat beli-belah itu merangkumi kawasan boleh disewa bersih seluas 76719 meter kaki persegi. 

 

"Susun aturnya termasuk zon yang ditetapkan untuk pasar segar, kedai runcit, pertubuhan makanan segera dan pelbagai ruang promosi.

 

"Selain ST Rosyam, penyewa utamanya yang lain termasuk MR DIY, PISB, Hyperpets, KFC, Watson, Verns, Papagrill, Zus Coffee, XES Store, Old Town White Coffee dan Tealive," ujar KIP REIT. 

 

hhh
(Dari kiri) Pengarah Eksekutif merangkap CEO KIP, Valerie Ong bersama
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho Cheng Hann, Ketua Pegawai Eksekutif ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor dan Pengarah Urusan KIP, Datuk Eric Ong.

 

Ketua Pegawai Eksekutif KIP REIT Valerie Ong Pui Shan berkata, syarikat komited untuk menyampaikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan dinamik kepada komuniti. 

 

"Fokus kami adalah untuk menjadi destinasi beli-belah sehenti yang memenuhi keperluan kumpulan berpendapatan sederhana dan segmen pasaran massa," ulas beliau.

 

Beliau juga mengulas tentang penambahbaikan serta kemasukan ST Rosyam, sebuah pengendali pasar raya 24/7 pertama di Senawang. 

 

"Kami menjangkakan bahawa penambahan baharu ini akan memacu langkah yang lebih tinggi ke pusat membeli-belah, yang seterusnya akan memberi manfaat kepada semua penyewa kami yang lain," kata beliau. 

 

Sementara itu, beliau juga menekankan penambahbaikan yang siap itu akan mengekalkan kadar penghuninya dan memacu pertumbuhan dalam pendapatan hartanah bersih.- DagangNews.com