KUALA LUMPUR 23 Okt. - Pasaran saham Asia yang dibuka tidak menentu telah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini.
Setakat 9.09 pagi, KLCI merosot 0.14% atau 2.07 mata mencecah paras 1496.73.
Rakuten Trade Research bagaimanapun menjangkakan KLCI menembusi paras 1,500 dengan 1,510 menjadi paras sokongan segera.
“Ini didorong oleh kaunter sarung tangan ekoran peningkatan kes COVID-19 di periingkat global baru-baru ini,” kata Rakuten Trade.
Sementara itu, pasaran Asia masih lagi didagangkan dengan berhati-hati susulan ketidaktentuan di Wall Street yang berterusan disebabkan pakej rangsangan belum dimuktamadkan.
“Harapan untuk rangsangan itu dimuktamadkan berulang-alik sejak beberapa minggu lalu dengan persetujuan sebelum ini menyatakan perkara berkenaan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
“Disebabkan itu, DJI Average meningkat 153 mata, sedikit lagi untuk mencecah paras 28,400 daripada paras rendah sekitar 28,000.
“Oleh itu, kami menjangkakan pasaran serantau menyaksikan sedikit peningkatan selepas berprestasi lemah semalam,” tambah Rakuten Trade.
Menurut Reuters, niaga hadapan Jepun meningkat 0.3% pada awal dagangan.
Australia dan MSCI pula rata-ratanya dibuka mendatar.
Indeks niaga hadapan Hong Kong pula merosot 0.11%. - DagangNews.com