KLCI merosot 0.22% didorong penurunan sektor pengilangan | DagangNews Skip to main content

KLCI merosot 0.22% didorong penurunan sektor pengilangan

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Pasaran Bursa Malaysia merosot selepas sektor pengilangan Malaysia mencatatkan penurunan yang pertama dalam tempoh empat bulan. 

Setakat 9.19 pagi, KLCI memasuki suku terakhir tahun ini dengan paras 1,501.50, merosot 3.32 mata atau 0.22%.

Berdasarkan Indeks Pengurus Pembelian Pengilangan (PMI) oleh IHS Markit, Malaysia mencatatkan skor 49.0 pada September, menurun daripada 49.3 berbanding bulan sebelumnya. 

Skor PMI di bawah 50 menunjukkan penguncupan, manakala skor melepasi 50 menunjukkan pengembangan. 

Sementara itu, pasaran saham Asia mengaut keuntungan dan niaga hadapan Amerika Syarikat (AS) melonjak selepas terdapat tanda pemulihan ekonomi. 

Trading Economics berkata, para pelabur menantikan AS mengeluarkan sokongan lanjut bagi pemulihan ekonomi. 

“Bagaimanapun, para pelabur kekal berhati-hati terhadap kadar pemulihan ekonomi memandangkan kes COVID-19 dunia terus meningkat,” jelas Trading Economics. 

Pasaran saham di China, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan susulan cuti umum. - DagangNews.com