KLCI, ringgit melonjak sebelum ‘cuti’ | DagangNews Skip to main content

KLCI, ringgit melonjak sebelum ‘cuti’

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 7 Mei - Pasaran saham dan kewangan tempatan berjaya ditutup lebih tinggi dipacu oleh data tenaga buruh dan ekonomi yang lebih baik dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) hari ini. 

 

Indeks penanda aras pasaran saham utama di Bursa Malaysia, FBM KLCI melonjak 9.12 mata atau 0.58% kepada 1,587.45 daripada paras yang ditutup pada petang semalam, 1,578.33. 

 

Dagangan pada petang ini juga berakhir positif apabila jumlah kaunter untung iaitu 626 mengatasi 427 kaunter rugi. 

 

Prestasi meningkat ini dipacu oleh kaunter penjagaan kesihatan dan perladangan. 

 

Bagi pasaran kewangan pula, ringgit berjaya berakhir lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) iaitu pada kadar RM4.1100/4.1150 daripada penutupan semalam, RM4.1190/4.1210.

 

Menerusi laporan DoSM, kadar pengangguran berjaya menunjukkan penurunan sebanyak 0.1 mata peratusan kepada 4.7% pada Mac 2021, berbanding bulan sebelumnya. 

 

Sementara itu, niaga hadapan saham AS juga berlegar menghampiri paras tertinggi dipacu oleh data tenaga buruh dan ekonomi yang lebih kukuh. - DagangNews.com